Pages

notice board

Tips Kurus Tanpa Makan Ubat Kurus:Mudah Cepat Berkesan

Bismillah,



Esok sudah masuk bulan Rejab nampaknya, sangat cepat masa berlalu. Tapi badan maintain je, tak juga mengecil. Aduhai, nak kena mula puasa dah ni. Maklumlah puasa ganti dah sudah, jadi yang sunat ni macam slow lah sikt. Ok takpe, tinggalkan dulu bab puasa tu ye. Mahu cerita tentang tajuk entri ni dulu, ada kaitan juga ni.

Memang salah satu tipsnya puasa lah kan, sesambil dapat pahala. Kesihatan pun terjaga juga, itu hikmahnya puasa.

Walaupun ada yang tidak kisah dengan saiz badan, tapi untuk kesihatan sangat penting berat yang ideal. Tips untuk kurus ni mudah sahaja sebenarnya. Cuma kena ada disiplin, azam yang kuat. Kalau setakat niat sahaja, memang tak jadi. 


Semua orang tahu, nak kurus kena kurang makan nasi, tapi ada yang tak boleh kurangkan nasi. Jadi apa yang patut anda buat, sebelum tiba waktu nak makan nasi contohnya, waktu pagi atau lunch. Ambil dulu buah-buahan, dalam kuantiti yang banyak. 2 biji epal sekali hadap, hehehe. Memang jadi, sebab saya pun pernah cuba tips ni. Tapi time nasi kena makan nasi juga, tapi dah kuranglah kuantitinya.

Pada masa yang sama, masa nak makan nasi tu. Tips seterusnya, letak sayur dulu banyak-banyak dalam pinggan. Takpun kalau yang kurang makan sayur, letak ikan ke ayam ke, lagi bagus yang stim. Kemudian baru letak nasi. Mesti ruang untuk nasi tu kecil je kan. Jadi point kat sini, karbohidrat dah kurang. Janganlah pula anda pergi letak nasi dalam pinggan lain. Memang tak berkesanlah. hehehehe.

Tips seterusnya, sebelum nak suap nasi masuk dalam mulut, sila minum air dulu dalam 1 gelas. Nyata lagi terang anda akan rasa kenyang serta merta. Tips ni memang saya selalu amalkan. Suka minum chinch shake dan esp sebelum makan. Tu sebab berat tak naik dan tak turun. Cubalah, tips ni sangat berkesan. Kadang-kadang 15 minit sebelum menapak ke kafe, teguk dulu air dalam 1 botol mineral. Harus tengok makanan je taklah menggedik sangat. 


Ini tips yang semua orang tak berapa nak rajin sangatlah. Termasuklah saya, kalau disuruh bersenam. Alamatnya senyum jelah. Maklumlah bila bekerja, tiada masa yang terluang untuk berjoging atau seangkatan dengannya. Jadi cara yang mudah, jalan je banyak-banyak, jangan asyik nak duduk menempek kat kerusi je kan. Memang 

lah punggung pun jadi kembang, lari bentuk dah. Hehehehe. Tapi kalau anda memang rajin bersenam, sangatlah bagus.

Oklah, rasanya itu sahajalah tips yang saya boleh kongsi. Inipun tips yang selalu saya amalkan, sebab ramai yang tanya. Berat badan sebelum ni lepas bersalin 69kg, tinggi 151cm je. Jadi nampaklah sangat berisi. Bila cukup 1 tahun, saya amalkan tips ni, dalam 1 bulan sahaja turun 4kg. Sekarang berat saya 60kg. Banyak penurunannya, dan nampak ketara dah kurang berisi. Walaupun nasi sentiasa menjadi makanan utama. Hehehe.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke15

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in