Pages

notice board

Memutihkan Gigi:Perkara Yang Perlu Anda Ketahui


Bismillah.


Kenapa saya wujudkan entri ini? Adakah kerana saya pernah bekerja sebagai Nurse Gigi?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya. Sebenarnya tiada sebab khusus, cuma terfikir kerana ada di antara kita yang mahukan rambut yang lurus. Manakala yang lain mahukan rambut yang agak kerinting. Dan macam2 gayalah.

Tetapi, yang pastinya. Ramai yang mahukan gigi yang putih daripada gigi yang kuning. Bukan begitu kan? Lagipun di zaman moden sekarang, banyak yang menuntut untuk senyuman yang lebih baik dengan gigi yang putih. Ditambah lagi dengan pelbagai iklan ubat gigi termasuklah keperluan peribadi untuk kelihatan lebih sihat dan muda. Seolah-olah gigi yang berubah warna atau gelap tidak lagi diterima oleh kita semua.

Oleh kerana permintaan terhadap pergigian estetik telah meningkat, teknik2 dan ciri2 bahan pergigian juga turut dipertingkatkan. Disebabkan itu jugalah, pelbagai produk pemutihan semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Cuma kita sahaja yang tidak peduli kesan pengambilan produk2 tersebut tanpa pengawasan doktor.

Sebenarnya, warna gigi kita secara semula jadinya bergantung pada kulit. Gigi mereka yang berkulit gelap biasanya nampak lebih putih. Manakala orang Melayu yang berkulit sawo matang memiliki gigi yang agak kekuning. Orang cina pula, antara putih dan kekuningan.

Mungkin anda semua tidak perasan, kesan negatif yang kita dapat dari produk pemutih yang diguna berulang kali dan berlebihan. Bahagian luar gigi akan terhakis dan semakin nipis. Sebabnya, kandungan pemutih gigi mengandungi kira2 30 hingga 35 peratus hidrogen peroksida atau 10 peratus karbamida peroksida sebagai bahan aktif. Anda tak percaya? Cubalah tengok kandungannya.

Contoh paling mudah. Kita bayangkan, pemutihan gigi ni macam merendam pakaian dalam bahan peluntur. Ia menarik keluar semua elemen penting yang terdapat dalam gigi seperti kalsium. Sedangkan kita tahu, kalsium sangat perlu untuk menguatkan struktur gigi. Lebih teruk lagi, ia boleh menanggalkan gigi untuk jangka masa panjang. Jadi beringatlah ye, untuk menggantikan sebatang gigi yang hilang. Anda mungkin memerlukan kos antara Rm5000-Rm10000. Ini bukan main2.

Nasihat nuyun, pemutihan gigi bagi tujuan semata-mata untuk tampil cantik sahaja sebenarnya tidak diperlukan. Kerana perubahan pada warna gigi boleh disebabkan banyak faktor dan tidak kekal lama.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke6.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in