Pages

notice board

TESTIMONI TABITA ORIGINAL ATAU TIRUAN

salam kena..

meh tengok apakata akk ni ye..


CARA PAKAI/GUNA PRODUK MUKA TABITA



CARA MENGGUNAKAN : 

1. Cuci muka & leher dengan Facial Soap secara merata, lalu dibilas TANPA dikeringkan / dilap
2. Sapukan dengan SMooth Lotion yg sudah dituang di atas kapas tipis kira2 3-6 titis.
3. Usapkan ke wajah & leher dengan perlahan sercara merata (JANGAN DIGOSOK / DITEKAN)
4. Setelah itu, dlm keadaan lembab, sapukan pula Daily Cream (Pada siang hari) & Night Cream (Pada malam hari) secara rutin setiap hari

Tabita Daily Cream- Daily Cream berfungsi sebagai Tabir Suria yang dapat menjaga kulit dari pancaran matahari dan radikal bebas yang dapat merosakkan kulit wajah. Warna tabita daily cream menyerupai warna kuning mustard.
1. Menghilangkan flek di wajah
2. Mengecilkan pori-pori
3. Meremajakan kulit
4. Memutihkan kulit
5. Mengencangkan kulit
6. Membuat kulit lebih bercahaya
7. Meratakan lubang bekas jerawat
8. Menghilangkan jerawat

Tabita Nightly Cream- mengandung ekstrak pepaya, vitamin A, vitamin C dan vitamin E serta benzoyl. Vitamin A sangat ampuh untuk membantu mengeringkan jerawat pada kulit dan menstabilkan kondisi kulit. Vitamin C dapat mencerahkan kulit da membuat kulit putih merona. Vitamin E dapat menghaluskan kulit dan meremajakan kulit. Benzoyl adalah kandungan yang sangat ramah lingkungan dan dapat mengeringkan jerawat sampai ke lapisan kulit terdalam, memperbaiki struktur bagian dalam kulit, menstabilkan jaringan lemak yang menyebabkan timbulnya jerawat, sehingga jerawat enggan muncul lagi.

Facial soap Tabita ini mengandungi Ekstrak Papaya yang dapat memutihkan warna kulit secara semulajadi dan mengurangkan kedutan pada kulit. Keluarkan sedikit saja dan gunakan sehari 2 kali untuk mecuci wajah dan leher.

Tabita smooth lotion – Toner ini berfungsi untuk menghaluskan kulit. Cara menggunakannya adalah dengan diusapkan pada wajah yang telah dibersihkan menggunakan Tabita Facial Soap. Sekali pemakaian cukup 3 titis diatas kapas muka dan disapu pada wajah yang masih dalam keadaan lembab (setelah cuci muka, bilas, dan aplikasikan toner.)

Testimonial dan review Produk Muka Tabita Skin Care



salam perkenalan semua..


artikel nuyun cedok dari SINI...dan diringkaskan ikut suka hati nuyun lah..

jom baca kisahnya ye..
________________________
Disini Lyza nak kongsi pengalaman sepanjang guna Tabita ni... Tabita ni dah Lyza dengar ura2 keberkesanannya mencantikkan kulit muka yg kusam, warna kulit tak sekata, mengecutkan jerawat dan mengecilkan atau menghilangkan bekas2 jerawat. Bila dengar harga dia, terus padamkan aja hasrat mau cuba... Tapi tak tau lagi kesakitan yg dialamai sepanjang proses peeling tu... Uwaaaaa... Sakit yang amat... 

okey Lyza ambik contoh gambar Exclusive Set lah k...


Produk yang termasuk dalam paket exclusive adalah :
1. Facial soap
2. Smooth lotion ( toner)
3. Daily cream (40g)
4. Night cream (40g)
Okey... Kita share pengalaman masa mula pakai tu k... :p

Hari Pertama:
Lyza mula pakai pada 4/11/2012 (Ahad). Pada malam tu.. Hehe sengaja nak mula pakai waktu malam. Kalau apa-apa jadi pada muka pada waktu malam boleh bergegas pegi sepital (hospital). Kalau nak mula pagi isnin, kalau apa-apa susah nak escape kerja. Yerrr?... Mesti tertanya-tanya sebab apa mula pakai hari ahad, kenapa tak sabtu... Hehe... Sabtu tu tengah malam baru balik dari KL. Kalau nak pakai awal masa pergi KL tu, alahaiii mau toleh dua kali mamak-mamak kat jalan TAR tu tengok muka kita berbulu-bulu mengelupas... Hehe... Oklahhh... Pertama kali cuci muka pakai Facial Soap tu, ermmm pedih sikit lah... Kuar dari bilik air lepas cuci muka tu sempat lagi cakap kat hubby ' yang, ada berasa sikit pedihnya yang... Tapi sik pedih gilak lah'... Yerrrr lawa ehhh... berlagak jer bunyi cakap tak pedih... berdengah kata orang sarawak... Senyum-senyum bagitau kat hubby yang tak pedih sangat... Hehe... Lepas tu pasang lotion smooth guna Facial Cotton... Ermmmm pedih jugak lah sikit sebab dia macam toner kan memedihkan tapi masih boleh tahan tu... Lepas sapu dengan Lotion Smooth, terus letak Nightly cream. Malam tu memang tak selesa sedikit tidur sebab lyza tak pernah sebelum ni pakai sebarang cream atau apa-apa kat muka masa tidur... Sebab nighly ni mcm melekit sikit kut. Hehe.. Macam tidur bawa periuk dan kuali melekat kat muka... Hehehe

Hari ke-2:
Bangun pagi tu, yerrrrr Lyza terus pergi tengok muka kat cermin... Mana tau muka dah tukaq macam muka Agnes monica ka kan... Hehe belum ada perubahan kut... Jadi Lyza mandi dan terus cuci muka pakai Facial Soap, pakai lotion smooth dan pasang Daily Cream. First time lah pi kerja tanpa sebarang makeup. Hehe... Sampai hubby pandang dua kali sambil cakap " ehhh pandang sini! Pandang sini! ( seperti memberi arahan suruh kita pandang dia masa driving nak pi kerja tu sebab lyza tak angkat muka pun masa kuar rumah masuk keta tu sebab rasa muka dah nak mengelupas dan pucat sangat tak pakai apa-apa). Sambung balik dialog hubby" sambil hubby tarik muka lyza supaya pandang kat arah dia... :p :p " eh eh cantiknya wajah isteri kamek tanpa pakei apa-apa. Simple tapi cantik yang. Lepas tok pakai mcm tok ajak k" (dialog bukan rekaan k) hehe... Kalau tak caye, pergi add hubby lyza dan tanya... Entah2 dia bohong jer kan sebab tak nak kita mikap2 pergi kerja... Oklahhh lepas tabita ni tak perlu pakai apa-apa untuk tutup jerawat dan warna kulit yang tak sekata ni... Turun kerja tu macam downnn sangat berhadapan dengan semua orang sebab muka dah mula mengelupas dan menerit/tegang... Dan muka Lyza dah mula macam menghitam. Macam terbakar jer... huhu.. memang lah... masuk meeting dan berhadapan dengan rakan kerja dengan muka yang huhuhu cakap pun tak guna sebab boleh pengsan strok orang tengok... hehehe... Lagipun masa tu memang kita orang semua sibuk buat preparation untuk SIRIM audit. Kena lagi proses peeling ni... Semua rakan-rakan kerja tegur... korang nak tauk apa ayat baiikk punya dia orang tegur... ni dia " Lyza, kenapa muka lyza merah? nervous ke dengan audit ni? " hehehe... memang lah tabita ni buat fitnah jer.. tak pasal-pasal hilang macho aku orang kata aku nervous nak audit.. Jadi Lyza cakap lah tengah pakai tabita. Setiap kali orang yang datang jumpa Lyza time tu mesti tanya benda yang sama. Jadi Lyza kena rewind atau repeat balik jawapan pakai tabita tu setiap kali orang tanya... 100 orang yang tanya, 100 kali jugaklah kena rewind jawapan tu... hehehe

Hari ke-3:
Seperti biasalah penggunaannya dan pengelupasan semakin ketara dan keperitan ketengangan semakin terasa...

Hari ke-4 hinggahari ke-8 kut
Haaaaaa.... tok kacakkkk glak... bermulanya kepedihan melebihi sangkaan... sekali cuci makkkk aiiii pedih nyaaaaa.... Bila sapu Smooth Lotion, uwaaaaaaaaa.... terlonjat-loncat macam budak-budak terlebih gula pulak... memang pedih yang amatttttttt sangat. Dalam tempoh tu memang dah rasa nak stop pakai sebab tak sanggup rasanya mengharungi saat kepedihan nya itu... Tapi terpaksa jugak lah tahan sebab nak cantiik kut atau sebab sayang dah beli mahal-mahal produk ni tapi tak dihabiskan... hehehe.. Kawan-kawan, jangan stop pada waktu ni sebab peratus nak stop masa ni memang 90% sebab pedih dia memang menyakitkan... Rasa seperti kulit muka terpisah dari isi muka... heheh.. acahhh jakkk... cuakkk... sentappp mak temahhh.... ngeee... sik da apa-apa ya... tahan jak k... kesan nya amat tidak mengecewakan...

Minggu ke-3 dan seterusnya
Alhamdulillah... kepedihan berkurangan dan kulit bersih sangat.. Menghilangkan jerawat, mengecilkan bekas lubang jerawat, menyamarkan dan menghilangkan flek-flek diwajah dan pigmentasi/warna kulit yang tidak rata, menghilangkan bekas jerawat, memutihkan kulit, memperbaiki kulit kusam, mencerahkan warna kulit, mengecilkan pori, membuat kulit tampak bercahaya dan menegangkan kulit.


Ni gambar masa dalam proses 1 minggu lebih... tengok... nampak tak beza dia... dan ditengah tu kulit muka tengah mengelupas. Yang sebelah kanan tu nampak tak mcm gelap jer warna kulit kan... tapi warna kulit sekata. Ni lah kita cakap muka macam terbakar sikit. nampak gelap kemerahan kan.







Ni muka dah sebati benar dengan Tabita.. Dah kamcengggg habisss dengan Tabita... Alhamdulillah so far tiada sebarang side effect atau apa-apa yang memudaratkan sepanjang penggunaan Tabita...

Okeylahhh... Lyza share kandungan dalam tabita Lyza okey... tapi janji kena jadi Members kita tau... tak susah, klik jer bahagian atas blog lyza ni... shik mok gemmm lak (tak nak geng nanti) hehehe...
yer lah yerlah... gemmm lah



Ni cream siang dan malam Lyza punyerrr... siape punyer? Ahmad Albab yang punyerrr...



Nah kita kasi ZOOMmm... hehe.. masih tak nampak sangat kan... tapi okey lah tu... hehe...



Okey uolsss... yang ni kandungan/cecair Facial Soap . yang kiri bila dia kena sejuk dan boleh beku mcm tu... ekeke... yang kanan bila dia mencair. Tapi dua-dua keadaan ni uolsss boleh pakai okeyy... janji dia boleh berbuih bila cuci kat muka.. hehe... :)



Dannn... Yang ini rupa keadaan bila cecair Smooth Lotion dititis ke atas kapas... Warna dia macam oren keemasan macam tu kan... Dan kalau nak pastikan smooth lotion tu original atau tidak. Dibawah botol Smooth Lotion yang ASLI terdapat tulisan 'LS' manakala kalau tiruan tertulis 'TBT". tapi tak tau pulak maksud kedua-dua short form tu. Adakah LS- Lyza Spongebob ker kan... TBT- TaBita Tiruan ker kan... hehe... wallahualam... tapi dari sumber yang boleh dipercayai.. yang ada tulisan LS adalah ORIGINAL/ ASLI...


Di bawah botol Smooth Lotion yang asli terdapat tulisan 'LS' manakala produk tiruan tertulis 'TBT'




Sedikit TIPS untuk pengguna Tabita.
Ngeee.... beberapa pertanyaan berkenaan ini... jadi ini jawapan penyelesaian dari saya yg dah kerap dijawab... ngeee... kepak jarik okeyyy... hehehe
Mode: mcm lah terer glak pun aku... auwwww...

Soalan : macam mana penggunaan bagi kalau nak solat.

Jawapan :
Sebelum ambik wuduk SUBUH cuci muka dengan Facial Soap. Lepas solat basahkan sedikit air kat muka lepas tu sapu Smooth Lotion dan Daily Cream.

Sebelum ambik wuduk ZOHOR, cuci muka dengan Facial Soap. Lepas zohor biar jer muka kosong dulu... hehehe... (jimat bah, kalau nak pakai pun ok jugak) sampai waktu ASAR. Dan lepas ASAR baru sapu Smooth Lotion dan Daily Cream.

MARGHRIB dan ISYAK pun sama seperti zohor dan asar tadi. Cuma bezanya pakai Nightly Cream okeeyyyy... jangan sarukkk... ekeke... dah malam, pakei nightly cream lah... ekeke... ♥ _ ♥

***Okeyy... Ni kita nak Share-Share Macam mana nak bezakan Tabita Palsu dengan Tanbila original. Hati-hati ya kawan-kawan sebab Produk tabita ni mudah ditiru dan sukar di pastikan keOriginalan nya...

haaaaa... Ni kita dapat dari google... ekeke...


Perbezaan Tabita Asli dan palsu

•cream tabita pagi warna kuning cerah, tabita palsu berwarna kuning keruh.
•cream tabita malam berwarna putih susu, tabita palsu warna nya putih ke
kuningan
•sabun tabita tutup asli botol putih bening, tabita palsu tutup nya
putih buram/susu

- Tabita asli memiliki cream pagi dgn warna kuning cerah dan lembut
sedangkan cream cream pagi palsu lebih kental / kaku dan berwarna kuning
keruh..

- Cream malam tabita asli berwarna putih susu dan tidak terlalu kental,
sedangkan yang palsu warna putih agak kekuningan keruh juga lebih kental

- Tas kemasan exclusive tabita asli memiliki bahan gold kulit jeruk
resreting baru berwarna kuning, sedangkan yang palsu bahan gold halus
kilap, dan resleting lama berwarna putih

- Sabun pada tabita asli pada tutup botolnya putih bening, sedangkan
tabita palsu putih susu / buram..






Tabita Skin Care asli :

•logo tulisan tabita dan gambar bunganya tersambung,
•logo berhologram
•krim paket exclusive putih kilap mutiara

Tabita Skin Care palsu :
•logo mengunakan tabita yg lama, dmn tulisan tabita dan gambar bunga
terpisah
•logo tidak berhologram,
•tutup wadah cream berwarna orange or pink

oklah..ni perkongsian owner blog ni...nanti nuyun kongsi testimoni kawan2 opis nuyun pulak k..

jumpa lagi..

ikhlas  
nuyun :-)

TESTIMONI..TESTIMONI..SLE PENYAKIT BAHAYA

Jom tengok testimoni untuk SLE..
kredit kat health-wellness-nature


Cerita ni dari blog beliau.. Nama samaran kawan saya adalah Peen. Katanya jangan masukkan nama nanti jadi femez pulak he he he.....


Peen adalah seorang wanita, umur : belum sampai 30 tahun.. Mempunyai 2 orang cahaya mata.
Pada tahun 2007, Peen telah didiagnos mempunyai penyakit SLE. Masa tu umur adalah 20an. Kata Peen semua simptom SLE telah dirasai olehnya.. Ini termasuknya Sakit2 badan, bengkak sendi, muka jadi merah, rambut gugur, ulser mulut, kadang-kadang tekanan darah pandai menjadi tinggi.... Semasa melahirkan anak pertama, Peen hampir kena sawan sehingga terpaksa dibedah. Baby Peen dilahirkan sebagai baby pramatang 7 bulan. Selepas dilahirkan Baby Peen mempunyai masalah dan berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdapat jangkitan kuman..


Pregnancy kedua nampak ok, sebab dikatakan, SLE ni tidak aktif semasa pregnant. Tetapi lepas bersalin terus menjadi aktif semula. Sehingga didapati urin Peen terlalu banyak protin. Ini memyebabkan Peen menjalani biopsi untuk memeriksa kesihatan buah pinggangnya. Betapa sedihnya didapati buah pinggangnya semakin rosak.


Pada masa Peen ketemui saya di Facebook (terima kasih Tuhan dan kakak ipar Peen), keadaan Peen agak terkawal. Cuma kena makan banyak ubat termasuklah ubat yang mengandungi Steroid sebanyak 8 biji. Pemakanan Peen juga senantiasa perlu dijaga. Peen sebenarnya cari saya untuk masalah buah pinggangnya kerana beliau berpendapat tidak ada apa yang dapat membantu dalam masalah SLEnya...


Saya telah memberikan senarai panjang pada Peen berkenaan supplement yang sesuai untuk penyakit SLE ini. Tapi hanya satu yang dipilih, VIVIX.. sebab senang nak minum.. kalau pil, tak sanggup Peen nak telan sebab ubatnya sendiri pun banyak nak telan...


Peen mula minum vivix ni pada pertengahan bulan Jun 2012.. Selepas 3 minggu ini kata Peen....


Hi jg sis julie..so far skg sy rsa ok dr dulu.klu mcm sbl mkn vivix bila bgun pg2 skt ja kepala.tp skg x sdh.cm ringan n bebas ja badan sy.x skt2 sendi lg.


Maksudnya, sebelum makan vivix, bangun pagi mesti sakit kepala. Sekarang sudah tidak ada lagi. Terasa badan ringan dan bebas. Sakit-sakit sendi pun sudah tiada lagi...


Tersangat bersyukurlah saya bila membaca kata-kata Peen itu.. Bukan setakat kerana produk saya jual ni bagus tapi sebenarnya lebih kepada kesyukuran sakit Peen telah berkurang... Sebab saya tak sanggup nak bayangkan apa yang telah dilalui oleh Peen... Namun pada masa ini, ubat steroid 8 biji masih perlu dimakan. Kesian Peen kerana steroid, badan mula naik dan jadi gemuk. Kadan-kadang Peen terasa apabila orang bertanya kenapa di makin gemuk... Manalah orang tahu akan keperitan yang sedang dilalui oleh Peen.


Peen teruskan penggambilan vivix.. dan pada 25 September, ini yang Peen mesej kat saya...


Hy sis..sy ok jg..by th wy dktr ckp sy pya lupus mulai reda.yg bestny steroid tgl mkn 2biji ja skg.n skg masih treatmnt buah pinggang.mkn 1jnis ubt.so far prkmbangan yg baik la..hehe..


Maksud ni pula.... Doktor telah mengesahkan penyakit SLE Peen telah mula reda.. Yang besynya ubat steroid tu dah dikurangkan kepada 2 biji sehari sahaja... Sekarang masih lagi menjalani treatment untuk buah pinggang, dimana perlu makan 1 jenis ubat sahaja. Setakat ni perkembangan adalah baik....


Syukur Tuhan... Itulah testimoni Peen yang buat saya sendiri terharu.. Kita doakanlah agar kesihatan Peen terus bertambah baik ya....


Jika anda atau keluarga tersayang mempunyai masalah seperti Peen, cubalah vivix.. Saya mengenali vivix ni pun dari rakan bisnes yang mempunyai SLE juga. Dalam masa 4 bulan kesihatan beliau meningkat sehingga 80% lebih sihat...


Memang vivix ni membantu dalam masalah kesihatan secara menyeluruh pada tahap sel tubuh badan. Banyak testimoni terutamanya dari Negara luar. Google saja 'vivix and testimony'.. Di face book pun ada...
Rupanya seperti ini ya...



VIVIX


Nak baca pasal kandungan vivix... Klik ni ya...




---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah pm antara saya dgn Peen ya....







NAK CUBA TAK??




Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in