Pages

notice board

Blog Peribadi Dan Blog Kedai Penting:Bisnes Online

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

BLOG PERIBADI

Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=> Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI

=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

Sertai kelas blog penulisan atau kelas blog mula bisnes di ABDR. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Biskut Dahlia Atau Semperit:Resepi Mudah

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Hari ni nuyun nak kongsikan resepi turun temurun. Setiap kali raya, biskut Dahlia atau Semperit ni mesti kena ada. Sebabnya,memang kegemaran 1 keluarga, terutama sekali suami nuyun.

Istimewanya biskut ni, rasanya yang gebu dan nyaman sahaja bila cair di dalam mulut. Hehehe..

Cubalah buat ye, kena rasa dulu. Baru tahu perasaannya. Ohsem!

1 Buku Buttercup
2 Biji Kuning Telur
1/3 Cawan Gula Kastor
2 Cawan Tepung Jagung
2 Cawan Tepung Kastad
1 Sudu Teh Esen Vanila
1 Cawan Susu Tepung
(Tak kisah jenama apa) *optional
Gandum secukupnya.
(ditambah sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat di tangan).


Cara membuatnya,

Satukan mentega dan gula. Kacau sebati.
Kemudian masukkan kuning telur. Esen vanila.
Sebatikan. Tak perlu kacau terlalu lama.
Masukkan tepung jagung, uli sekejap.
Kemudian tepung kastad dan susu tepung.

Agak2 doh melekat di tangan, masukkan gandum sedikit demi sedikit.
Sehingga doh agak lembut dan tidak melekat.
Boleh di terap dan dibakar.
Suhu 150° ,selama 20minit.
Mengikut suhu oven masing2.





Oklah, ini rupanya. Saiz biskut semperit dahlia nuyun ni agak giant ye. Biasalah, nak cepat siap.
Biasanya, saiz semperit dahlia ni comel je, sekali ngap masuk mulut.
Kalau dengan saiz giant macam ni, kena 2x ngap ye uols.

Apapun, yang penting. Homemade biskut.

Selamat berpuasa semua. :-D

Sebelum Mengeluh

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

11 HAL YG HARUS KAMU INGAT SBLM MENGELUH

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, Pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, Pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istri mu. Pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, Pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, Pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, Pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, Pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, Pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa."

Kesan Sujud Untuk Manusia

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam… hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH) 2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:, Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” , (HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…"

Super Moist Chocolate Cupcake


Bismillah,


Dekat2 nak puasa ni, teringin buat kek coklat, google punya google, jumpalah blog kak hasue ni. Sebenarnya dulu2 pun selalu juga rujuk blog kak hasue ni untuk buat kek, tapi dah lupa link. Oklah, share dulu resepi, gambar nanti menyusul ye.

Super Moist Chocolate Cupcake
By:Kak Hasue

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

mudah je sebenarnya, nanti kalian semua cubalah k. ;-)

Cara Menjana Daya Kreatiff

Bismillah,


Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat perniagaan yang jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yang fokus. Latih diri anda menjadi lebih kreatif.

♥ Kreatif dlm berniaga,
♥ Kreatif dlm membuat keputusan,
♥ Kreatif dalam pemasaran.

Semoga bermanfaat ye kawan2 semua. ♡

Ikhlaskah Kita?

Bismillah,


Dunia ini kecil.. Waktu itu singkat.. Wajah mudah berubah-rubah

Jgn tolong org jika kita harapkan org berterima kasih.. jgn harapkan ehsan org jika kita tak pernah nak menolong org..

Hati yg terluka jika sarat darahnya lambat kering tapi luka yg kering takkan terluka jika ikhlas penawarnya..

Utk elakkan pertelagahan sebaiknya keluar dari kekangan tapi utk melapangkan kekangan biar berkorban asal tiada beza pandangan.

Amalan Rasulullah Sebelum Tidur

Bismillah,



Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :-“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1. Sebelum khatam ALQURAN.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasullullah SAW tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan ALQURAN. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".

Semoga bermanfaat.

Betul Ke Lelaki Pelupa?

Bismillah,



SIAPA KATA LELAKI PELUPA?

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya... Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni! Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang? Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus.

Hehehehe.

Sumber: Fb

Kenapa Tiada Duit?

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Kenapa banyak menyimpan tapi masih pokai? Sebab kita kena disiplinkan diri dalam menyimpan.

- Duit belanja bulanan kena bajet siap-siap berapa amaun untuk dibelanjakan.

- Duit tabungan tak boleh disentuh melainkan untuk tujuan khas simpanan.

- Duit simpanan kecemasan tak boleh disentuh, melainkan untuk kecemasan.

- Duit simpanan bisnes, tak boleh disentuh melainkan untuk bisnes.

Itulah prinsipnya.

Tapi kalau sentuh juga duit tu, maksud kita dah “pecah amanah” pada kewangan sendiri!

Hukumannya ialah lambat kaya.

Pembahagian Doa

Perancangan ALLAH Maha Hebat Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..Yang terbaik buat kita tidak semestinya yang ALLAH suka.. Belajarlah redha apa yang kita ada.. Itulah yang terbaik buat kita.

Surah Ghafir, ayat 60: ﻲِﺗَدﺎَﺒِﻋ نﻮُﻠُﺧْﺪَﻴَﺳ َ ﻢﱠﻨَﻬَﺟ َ َﻦﻳِﺮِﺧاَد لﺎَﻗَو َ ﻢُﻜﱡﺑَر ُ ﻲِﻧﻮُﻋْدا ﺐِﺠَﺘْﺳَأ ْ ﻢُﻜَﻟ ْ نِإ َّ ﻦﻳِﺬﱠﻟا َ نوُﺮِﺒْﻜَﺘْﺴَﻳ َ ْﻦَﻋ Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ulama bahagikan permohonan doa itu kpd 2.

1. Doa yg disukai dan diredhai ALLAH Doa pada asalnya dimakbulkan selama mana kita tidak musta'jil (tidak gopoh). Doa yang dimakbulkan terbahagi kepada 4 jenis.

■ ALLAH makbulkan dalam bentuk seperti yg diminta

■ ALLAH makbulkan ganti dalam bentuk yang lebih baik yg kadang² tidak terfikir hikmahnya. Kadang² Kita minta panjang umur serta sihat agar dibolehkan terus bekerja. Tapi Allah bagi sakit dipertengahan umur agar sering ke masjid ingat untuk beribadah.

■ Makbulkan gantikan dalam bentuk pelupusan dosa. *Bertaubatlah sungguh².

■ ALLAH tangguh gantikan dengan kebahagian di akhirat. .. Jangan jadi Sa'labah.. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. ALLAH lebih baik perancangannya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

2. Doa yg dibenci dan dimurkai ALLAH ..jika ALLAH tidak makbulkan bermaksud ALLAH kasih kepadanya. ..jika ALLAH makbulkan, beristighfarlah. Maksudnya ALLAH telah murka dengan kita.

Peluang Untuk Semua Orang

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bila kita berpeluang, rebutlah peluang itu. Kerana peluang hanya sekali, tidak berkali-kali.



Salam Ukhuwah Fillah.

Seronoknya Zaman Kanak-Kanak

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi.

Betapa seronoknya zaman kanak-kanak. Mana taknya, celik mata dah boleh makan. Lepas tu main, kemudian bising bergaduh. Sangat seronok. Puas gaduh, makan lagi. Kemudian tidur ramai-ramai. Ini untuk yang ramai adik beradik macam nuyun lah.



Sekarang zaman anak-anak nuyun pula. Rutinnya sama sahaja. Sebelum ni tak pernah berpeluang menikmati zaman anak-anak ni.
Maklumlah sibuk dengan kerja. Tiap2 hari keluar rumah jam 6.30 pagi, sampai rumah semula jam 6.30 petang. Rugi rasanya terlepas peluang tengok anak membesar.

Alhamdulillah. Sejak jadi WAHM, semuanya boleh.
Jadi kawan2, jomlah kita berWAHM. Anak2 membesar depan mata kita, hasil air tangan dan didikan kita.

Salam ukhuwah fillah.

Blog Berpengaruh:10 Tips



Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

10 ciri blog berpengaruh :

1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over

2. Sentiasa ada entri baru dan segar

3. Entri penyelesai masalah

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi

6. Blog yang menjadi rujukan khusus

7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika

8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga

9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang

10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan


Sumber: Pn Masayu Ahmad


Salam ukhuwah fillah.

Hidup Di Bawah Kemampuan

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Tips Hidup Di Bawah Kemampuan bukan diluar kemampuan:

Pertamanya, jauhilah hutang walau apapun bentuknya. Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang! Hutang yang lebih afdhal untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat. makin pinjam makin melarat bkn mengubat.



Keduanya, berbelanjalah ikut KEPERLUAN, bukan KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN.

Kata-Kata Hikmah:Apa Yang Baik

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi



"Sebaik-baik hati adalah hati yang bersangka baik",
"Sebaik-baik kata adalah ZIKRULLAH",
"Sebaik-baik kesedihan adalah mengenangkan DOSA LALU".

Samsung Galaxy S5:Fokus Pantas Automatik

Bismillah.

Teks : Nurulhuda Mohd Najmi

Cepatnya teknologi berkembang. Belum lagi sempat mencuba S3, S4, sekarang dah ada di pasaran S5.

Rupa S5 ni
Harga pasaran Rm2,399.

Kelebihan S5, kena tengok kat website www.samsung.com/my. Cuma kalau ada antara kawan-kawan mahukan handphone dengan harga diskaun. Boleh email nuyunbizhouse@gmail.com.

Jumpa lagi di lain entri ye.

Salam ukhuwah fillah.

NuyunBiz House Di Amcorp Mall Petaling Jaya

Bismillah.

Teks : Nurulhuda Mohd Najmi

Alhamdulillah. Genap 2 tahun Kiosk Kecantikan Dan Kesihatan saya beroperasi di Amcorp Mall Petaling Jaya. Biasanya kiosk ni lebih dikenali sebagai kiosk jamu. Apapun syukur, walaupun kiosk saya ni tidakla sebesar mana, tapi saya kini sudah banyak membantu kawan-kawan mendapatkan produk pilihan dengan harga mampu milik..



Kiosk saya ni beroperasi 7 hari seminggu, dibuka jam 10 pagi hingga jam 8 malam sahaja. Kalau ada di antara kawan-kawan yang ingin datang ke kiosk saya. Boleh maklumkan pada saya dahulu. Mana tahukan, tetiba produk yang kawan-kawan mahu sudah habis stok.

Oklah, itu sahaja untuk entri hari ini. Ada sebarang masalah. Boleh email atau sms ye.

Salam ukhuwah fillah.

Tip Anak Soleh:Solehah

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semOga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.




 

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.



 

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

 

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.




via : Prof. Dr. Muhaya

Kurus Cara Mudah & Berkesan


Bismillah,



1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda


16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.





Salam ukhuwah fillah.

Entri ke22

Tips Kurus Tanpa Makan Ubat Kurus:Mudah Cepat Berkesan

Bismillah,



Esok sudah masuk bulan Rejab nampaknya, sangat cepat masa berlalu. Tapi badan maintain je, tak juga mengecil. Aduhai, nak kena mula puasa dah ni. Maklumlah puasa ganti dah sudah, jadi yang sunat ni macam slow lah sikt. Ok takpe, tinggalkan dulu bab puasa tu ye. Mahu cerita tentang tajuk entri ni dulu, ada kaitan juga ni.

Memang salah satu tipsnya puasa lah kan, sesambil dapat pahala. Kesihatan pun terjaga juga, itu hikmahnya puasa.

Walaupun ada yang tidak kisah dengan saiz badan, tapi untuk kesihatan sangat penting berat yang ideal. Tips untuk kurus ni mudah sahaja sebenarnya. Cuma kena ada disiplin, azam yang kuat. Kalau setakat niat sahaja, memang tak jadi. 


Semua orang tahu, nak kurus kena kurang makan nasi, tapi ada yang tak boleh kurangkan nasi. Jadi apa yang patut anda buat, sebelum tiba waktu nak makan nasi contohnya, waktu pagi atau lunch. Ambil dulu buah-buahan, dalam kuantiti yang banyak. 2 biji epal sekali hadap, hehehe. Memang jadi, sebab saya pun pernah cuba tips ni. Tapi time nasi kena makan nasi juga, tapi dah kuranglah kuantitinya.

Pada masa yang sama, masa nak makan nasi tu. Tips seterusnya, letak sayur dulu banyak-banyak dalam pinggan. Takpun kalau yang kurang makan sayur, letak ikan ke ayam ke, lagi bagus yang stim. Kemudian baru letak nasi. Mesti ruang untuk nasi tu kecil je kan. Jadi point kat sini, karbohidrat dah kurang. Janganlah pula anda pergi letak nasi dalam pinggan lain. Memang tak berkesanlah. hehehehe.

Tips seterusnya, sebelum nak suap nasi masuk dalam mulut, sila minum air dulu dalam 1 gelas. Nyata lagi terang anda akan rasa kenyang serta merta. Tips ni memang saya selalu amalkan. Suka minum chinch shake dan esp sebelum makan. Tu sebab berat tak naik dan tak turun. Cubalah, tips ni sangat berkesan. Kadang-kadang 15 minit sebelum menapak ke kafe, teguk dulu air dalam 1 botol mineral. Harus tengok makanan je taklah menggedik sangat. 


Ini tips yang semua orang tak berapa nak rajin sangatlah. Termasuklah saya, kalau disuruh bersenam. Alamatnya senyum jelah. Maklumlah bila bekerja, tiada masa yang terluang untuk berjoging atau seangkatan dengannya. Jadi cara yang mudah, jalan je banyak-banyak, jangan asyik nak duduk menempek kat kerusi je kan. Memang 

lah punggung pun jadi kembang, lari bentuk dah. Hehehehe. Tapi kalau anda memang rajin bersenam, sangatlah bagus.

Oklah, rasanya itu sahajalah tips yang saya boleh kongsi. Inipun tips yang selalu saya amalkan, sebab ramai yang tanya. Berat badan sebelum ni lepas bersalin 69kg, tinggi 151cm je. Jadi nampaklah sangat berisi. Bila cukup 1 tahun, saya amalkan tips ni, dalam 1 bulan sahaja turun 4kg. Sekarang berat saya 60kg. Banyak penurunannya, dan nampak ketara dah kurang berisi. Walaupun nasi sentiasa menjadi makanan utama. Hehehe.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke15

Masalah Stress Dan Obesiti:Penyelesaiannya

 Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi


Perkongsian untuk hari ini adalah tentang masalah Stress. Tidak ramai yang tahu sebenarnya masalah stressni boleh mengakibatkan,

1- menggangu sistem pencernaan kita(sakit perut,sembelit,cirit),

2- menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam),

3- meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur,

4- penambahan berat badan.


sangat menarik point yang ke 4 ni, berat badan naik bukan sahaja sebab anda banyak makan. Tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti.


Jadi utk mengawal stress, anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu. Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.
  1. Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  2. Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folik.
  3. Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  4. Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  5. Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  6. Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  7. Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.
Bagi saya yang kadang-kadang stress dengan business, saya memilih B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif.
~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 
~Mudah di telan. 
~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua, kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk. Jika dibiarkan boleh menjurus ke penyakit fizikal.
~ overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi
~ dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik.

Akhir kata, sayangilah diri anda kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke13

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bismillah.

Makan pagi dengan mee kuah. Itupun sebab bahan-bahan dah ada. Cepat dan mudah.
Apakata tengok resepinya. Kalau suka, boleh cuba.

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bahan-bahan :-

Udang, sotong, ayam, daging.
Terpulang mahu banyak mana.
Fishball, fishcake.
Kalau suka.
1 paket mi kuning.
Sayur ikut suka.
Tomato 1 biji yang saiz besar. Potong 4.
Bawang merah 5 biji tumbuk
Bawang putih 3 biji tumbuk
Lada hitam 1 sudu besar tumbuk
3 sudu besar sos ikan. (Optional)
1 sudu sos tiram.
Minyak masak 3 sudu besar.
Garam.
Lada putih.
Air secukupnya untuk kuah. Nak kuah banyak, air kena banyak juga.

Caranya :-
Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk sampai garing ye.
Masukkan sos tiram dan sos ikan.
Kemudian masukkan air. Tunggu sampai mendidih.
Bila dah mendidih, masuk pula ayam, daging. Tunggu sampai empuk.
Kemudaian masukkan udang, sotong, fishball, fishcake.
Agak-agak dah empuk semua lauk.
Tambah garam dan lada putih. Rasalah sesedap rasa. Hehehe.
Akhir sekali masukkan sayuran dan mee.
Tunggu sampai mendidih.
Tutup api dah boleh dihidang.

Nak bagi rasa tambah ummpphhh!
Masa hidang, letak perahan asam limau. Daun sup. Daun bawang, kacang tumbuk dan sambal kicap. Sos cili.

Cubalah ye, sangat mudah.









 

Salam ukhuwah fillah.

 
Entri ke 21

Masak Gulai Kuning Ayam


Bismillah.

Hari minggu ni biasanya tak keluar pergi mana-mana. Sebab semalam sudah sakan berjalan ke Pesta Buku PWTC. Jadi gulai ni untuk makan tengahari ni. Resepi pula dari mak nuyun sendiri.
Ok jom kita tengok resepinya.

Bahan bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Lada solok - jika ada
1 biji kelapa parut - ambil santan (Ikut kuah nak banyak mana)

Cara membuatnya-

1. Bawang, kunyit, halia dan lengkuas dikisar halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan cili kisar dan santan. Kacau perlahan sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam, serai, air asam jawa dan masak sampai menggelegak.
4. Bila nampak ayam sudah empuk dan sebati. Tambah daun limau purut, asam keping dan garam.
Kena sentiasa dikacau. Kemudian masukkan lada solok, sesuaikan rasa, sudah boleh tutup api.


Tugasan ke19

Mangga Harum Manis VS Mangga Lemak Manis


Bismillah,






Mesti semua kenal dengan gambar kat atas ni kan. Harini minum petang dengan pulut mangga nila.

Cuma nuyun nak review dekat sini kesedapan mangga-mangga ni. Malangnya nuyun memang tidak sempat snap gambar pulut dan mangga yang telah dipotong kiub. Lain kalilah ye.

Bagi nuyun setakat pertama kali cuba mangga harum manis nilah. Agak tidak serasi dengan anak tekak. Memang tidak juga dinafikan baunya harum dan manis. Mula-mula sangat teruja dengan bau, mesti sedap giler ni. Dalam hati jelah. Tapi serius, rasa tidak sesedap bau. Ini bagi citarasa nuyun lah ye. Setiap orang berbeza. Mungkin anda suka.

Nak bagitahu rasanya, lebih kurang 'pauh ringan' yang masak. Panggilan untuk buah mangga di Kelantan, di KL atau negeri lain tak pasti.

Cuma bezanya, harum manis ni saiz besar. Pauh ringan saiz kecil. Mungkin anda yang berasal dari Kelantan, boleh bayangkan rasanya.


Apapun sangat jatuh cinta dengan mangga lemak manis. Sepinggan pulut pun boleh habis dengan mangga lemak manis ni. Rasa 'mabeles', walaupun tidak semerbak wangi macam mangga harum manis.

Rasanya sangat manis, dan sesuaila dengan nama lemak manis. Cuma bila makan pulut mangga ni, kena guna mangga yang betul-betul masak. Barulah rasanya serasi.


Untuk resepi pulut mangga senang je.

1. Masak pulut. Macam biasalah.

2. Santan segar. Nak masak sekejap dengan ditambah sedikit garam pun boleh.

3. Mangga yang telah dipotong kiub.

4. Sedikit gula melaka yang dah diracik halus. Jika suka.


Sediakan pinggan, campurkan semua bahan2. Kalau suka, tambahkan gula melaka sesedap rasa.

Ok. Siap.

Selamat menjamu selera. Jumpa lagi.






 

Salam ukhuwah fillah.


Entri ke19

Cara Perangkap Nyamuk:Bunuh Aedes:Tiruk:Mudah


Bismillah,



Dua harini banyak betul nyamuk. Entah terlupa tutup pintu dan tingkap rumah sebelum maghrib atau nyamuk sudah makin membiak. Bila bangun pagi sahaja, kiri kanan lengan penuh dengan bintik-bintik merah. Kesan nyamuk sudah menyinggah.


Malam ni sudah pasang ubat nyamuk lingkaran awal-awal lagi. Entah berkesan atau tidak. Nyamuk sekarang sudah moden, makin kebal dengan asap-asap fumakila ni.


Elok mahu log out facebook, adik pula share cara-cara mahu perangkap nyamuk. Nampaknya esok kena cubala. Mari nuyun panjangkan di blog pula.

Apa yang kita perlukan ialah:

1. 200 ml air 50 gram gula perang.

2. 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ).

3. 1 botol plastik 2liter.




Mudah sahaja buatnya :-

1. Potong botol plastik (jenis PET) jadi separuh.

2. Simpan bahagian leher.

3. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk.

4. Kemudian tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

5. Tambah yis. Tidak perlu dikacau sebati.

Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida).

6. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

7. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah kita.


Mudahkan, itu sahaja. Jika kena caranya. Dalam masa dua minggu, kita akan melihat jumlah nyamuk yang terperangkap di dalam botol.




Sumber: Facebook


Salam ukhuwah fillah.


Entri ke18

Pertama Kali Menyertai Segmen Blogwalking


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Segmen Blogwalking By DayangDeno


Cara penyertaan :
1- Like fanpage -->>
2- Follow blog -->> www.dayangdeno.com
3- Tajuk entri bebas. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.
5- Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge :)


>> Doodle ART <<


**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014


pertama kali join segmen blogwalking. :-)

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke16

Percik Kelantan Mudah:Sedap

Bismillah,



Ini  masakan kelantan. Kuah percik ni mudah sahaja. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit


Cara-cara:

Ayam potong 2 pun boleh, potong 4 pun boleh. Saya potong kecil je.
Lumur dengan garam dan kunyit.
Halia dan bawang putih tumbuk sampai lumat.
Kemudian satukan dengan ayam tadi. Perap sementara sediakan kuah percik.

Bahan-bahan :
5 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 keping asam gelugor / asam keping
Santan ikut kuah nak banyak mana.
Gula.
Garam.
Minyak masak.

Cara-cara:


Serai, halia, bawang putih dan bawang merah dikisar sehingga hancur.
Tumis bahan kisar sehingga garing. 
kemudian masukkan santan dan asam gelugor. Kena sentiasa kacau dan api sederhana.
Sampai nampak kuah dah pekat dan pecah minyak.
Masukkan garam, gula.

Kemudian boleh bakar ayam.
Sesambil bakar, boleh lumurkan ayam dengan kuah percik, kemudian bakar lagi.
Tapi nuyun suka tenggelamkan ayam terus dalam periik macam ni. Sekali hadap je habis. Cubalah ye, mudah je.

Sempat snap yang dalam periuk sahaja. Yang lain semua sudah selamat dijamu.
Cubalah. Pasti puas hati.


Entri ke 17

LisNaree Resort:Kolam Renang:Tepi Pantai: Percutian Cherating Part Akhir


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya dapat menyewa hotel di Lis Na Ree Resort. 1 bilik untuk keluarga hanya rm130 je untuk sehari. Ada kupon untuk makan pagi esok untuk 3 orang. Kati l pun ada 3. Oklah, suasana pun tak membosankan. Petang sampai tu terus main kolam. Sangat seronok budak2 ni, sampai maghrib barulah bersiap nak solat maghrib dan cari tempat makan malam.

Aktiviti malam pula, hanya untuk makan malam dan berehat. Lepas google tempat paling sedap untuk makan. Akhirnya suami bersetuju nak mencuba di warung awang ikan bakar. Perjalanan dari chalet ke restoran lebih kurang 20 minit. Sesampai di restoran, tidaklah ramai pun orangnya. Dalam hati dah berbunga, mesti cepat makan ni, cepatlah boleh balik tidur.
 
Malangnya sebab tidak seperti jangkaan. Cuma bagi nuyun, inilah kali pertama dan terakhir singgah kat sini. Makanan boleh dikatakan memikat selera. Cuma servisnya yang tidak memuaskan, dalam masa setengah jam baru sampai air 1 jag yang dipesan. 1 jam kemudian barulah sampai makanannya pula. Anak-anak sudah hilang selera makan, mood pun dah berubah.
Kesian pula kat diaorang.
Air sudah nak habis 1 jag, makanan belum sampai. Cuma kalau anda kesana, pastikan anak-anak sudah alas perut. Tempoh menunggu pesanan yang agak lambat sampai, membuatkan diaorang meragam. Tidak dinafikan, udang dan ketam celup tepung. memang kena dengan selera. Ikan siakap masam manis dan bakar juga boleh dikatakan sedap.

Sesampai di chalet, semua sudah kepenatan. Anak-anak semua sudah dibuai mimpi dalam kereta lagi. Lebih kurang jam 11.45 malam, sampai chalet. Terus tidur je, sebab esok pepagi mahu bertolak pulang ke Kelantan.
Oklah, itu sahaja untuk entri kali ni. Apapun memang seronok. Tidak sabar tunggu cuti sekolah akan datang.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke14

Kelas Latihan Pengedar Baru Shaklee (NDT)



Bismillah.


Hari ni entri untuk "Training Class" di Berjaya Times Square Hotel. Memang sejujurnya, setakat berbisnes shaklee. Inilah kali pertama hadiri kelas yang berkaitan dengan perniagaan ni. Talk oleh Ethan Wang.

Apa itu shaklee bisnes?
People business.

Sikap untuk belajar.
Pilihan dan perubahan.
- miskin atau kaya merupakan pilihan.

" masa depan anda ditentukan pada apa yang anda pilih untuknya". - Dr. Forrest C. Shaklee

Kenapa perlu berubah?
Hakikatnya, purata pendapatan bulanan RM2,500. (Sumber:Bajet Malaysia 2013)

Bolehkah kita bergantung pada gaji rm2500 sebulan?
Contoh :
Pendapatan - rm2500
Socso - rm12
Epf - rm275
Jumlah bersih rm2213

Hakikatnya :-
Gambr

Rumah?
Anak?
Pelajaran?
Bil perubatan?
Membeli belah?
Percutian?
Persaraan?
Amal kebajikan?

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in