Pages

notice board

Testimonial dan review Produk Muka Tabita Skin Care



salam perkenalan semua..


artikel nuyun cedok dari SINI...dan diringkaskan ikut suka hati nuyun lah..

jom baca kisahnya ye..
________________________
Disini Lyza nak kongsi pengalaman sepanjang guna Tabita ni... Tabita ni dah Lyza dengar ura2 keberkesanannya mencantikkan kulit muka yg kusam, warna kulit tak sekata, mengecutkan jerawat dan mengecilkan atau menghilangkan bekas2 jerawat. Bila dengar harga dia, terus padamkan aja hasrat mau cuba... Tapi tak tau lagi kesakitan yg dialamai sepanjang proses peeling tu... Uwaaaaa... Sakit yang amat... 

okey Lyza ambik contoh gambar Exclusive Set lah k...


Produk yang termasuk dalam paket exclusive adalah :
1. Facial soap
2. Smooth lotion ( toner)
3. Daily cream (40g)
4. Night cream (40g)
Okey... Kita share pengalaman masa mula pakai tu k... :p

Hari Pertama:
Lyza mula pakai pada 4/11/2012 (Ahad). Pada malam tu.. Hehe sengaja nak mula pakai waktu malam. Kalau apa-apa jadi pada muka pada waktu malam boleh bergegas pegi sepital (hospital). Kalau nak mula pagi isnin, kalau apa-apa susah nak escape kerja. Yerrr?... Mesti tertanya-tanya sebab apa mula pakai hari ahad, kenapa tak sabtu... Hehe... Sabtu tu tengah malam baru balik dari KL. Kalau nak pakai awal masa pergi KL tu, alahaiii mau toleh dua kali mamak-mamak kat jalan TAR tu tengok muka kita berbulu-bulu mengelupas... Hehe... Oklahhh... Pertama kali cuci muka pakai Facial Soap tu, ermmm pedih sikit lah... Kuar dari bilik air lepas cuci muka tu sempat lagi cakap kat hubby ' yang, ada berasa sikit pedihnya yang... Tapi sik pedih gilak lah'... Yerrrr lawa ehhh... berlagak jer bunyi cakap tak pedih... berdengah kata orang sarawak... Senyum-senyum bagitau kat hubby yang tak pedih sangat... Hehe... Lepas tu pasang lotion smooth guna Facial Cotton... Ermmmm pedih jugak lah sikit sebab dia macam toner kan memedihkan tapi masih boleh tahan tu... Lepas sapu dengan Lotion Smooth, terus letak Nightly cream. Malam tu memang tak selesa sedikit tidur sebab lyza tak pernah sebelum ni pakai sebarang cream atau apa-apa kat muka masa tidur... Sebab nighly ni mcm melekit sikit kut. Hehe.. Macam tidur bawa periuk dan kuali melekat kat muka... Hehehe

Hari ke-2:
Bangun pagi tu, yerrrrr Lyza terus pergi tengok muka kat cermin... Mana tau muka dah tukaq macam muka Agnes monica ka kan... Hehe belum ada perubahan kut... Jadi Lyza mandi dan terus cuci muka pakai Facial Soap, pakai lotion smooth dan pasang Daily Cream. First time lah pi kerja tanpa sebarang makeup. Hehe... Sampai hubby pandang dua kali sambil cakap " ehhh pandang sini! Pandang sini! ( seperti memberi arahan suruh kita pandang dia masa driving nak pi kerja tu sebab lyza tak angkat muka pun masa kuar rumah masuk keta tu sebab rasa muka dah nak mengelupas dan pucat sangat tak pakai apa-apa). Sambung balik dialog hubby" sambil hubby tarik muka lyza supaya pandang kat arah dia... :p :p " eh eh cantiknya wajah isteri kamek tanpa pakei apa-apa. Simple tapi cantik yang. Lepas tok pakai mcm tok ajak k" (dialog bukan rekaan k) hehe... Kalau tak caye, pergi add hubby lyza dan tanya... Entah2 dia bohong jer kan sebab tak nak kita mikap2 pergi kerja... Oklahhh lepas tabita ni tak perlu pakai apa-apa untuk tutup jerawat dan warna kulit yang tak sekata ni... Turun kerja tu macam downnn sangat berhadapan dengan semua orang sebab muka dah mula mengelupas dan menerit/tegang... Dan muka Lyza dah mula macam menghitam. Macam terbakar jer... huhu.. memang lah... masuk meeting dan berhadapan dengan rakan kerja dengan muka yang huhuhu cakap pun tak guna sebab boleh pengsan strok orang tengok... hehehe... Lagipun masa tu memang kita orang semua sibuk buat preparation untuk SIRIM audit. Kena lagi proses peeling ni... Semua rakan-rakan kerja tegur... korang nak tauk apa ayat baiikk punya dia orang tegur... ni dia " Lyza, kenapa muka lyza merah? nervous ke dengan audit ni? " hehehe... memang lah tabita ni buat fitnah jer.. tak pasal-pasal hilang macho aku orang kata aku nervous nak audit.. Jadi Lyza cakap lah tengah pakai tabita. Setiap kali orang yang datang jumpa Lyza time tu mesti tanya benda yang sama. Jadi Lyza kena rewind atau repeat balik jawapan pakai tabita tu setiap kali orang tanya... 100 orang yang tanya, 100 kali jugaklah kena rewind jawapan tu... hehehe

Hari ke-3:
Seperti biasalah penggunaannya dan pengelupasan semakin ketara dan keperitan ketengangan semakin terasa...

Hari ke-4 hinggahari ke-8 kut
Haaaaaa.... tok kacakkkk glak... bermulanya kepedihan melebihi sangkaan... sekali cuci makkkk aiiii pedih nyaaaaa.... Bila sapu Smooth Lotion, uwaaaaaaaaa.... terlonjat-loncat macam budak-budak terlebih gula pulak... memang pedih yang amatttttttt sangat. Dalam tempoh tu memang dah rasa nak stop pakai sebab tak sanggup rasanya mengharungi saat kepedihan nya itu... Tapi terpaksa jugak lah tahan sebab nak cantiik kut atau sebab sayang dah beli mahal-mahal produk ni tapi tak dihabiskan... hehehe.. Kawan-kawan, jangan stop pada waktu ni sebab peratus nak stop masa ni memang 90% sebab pedih dia memang menyakitkan... Rasa seperti kulit muka terpisah dari isi muka... heheh.. acahhh jakkk... cuakkk... sentappp mak temahhh.... ngeee... sik da apa-apa ya... tahan jak k... kesan nya amat tidak mengecewakan...

Minggu ke-3 dan seterusnya
Alhamdulillah... kepedihan berkurangan dan kulit bersih sangat.. Menghilangkan jerawat, mengecilkan bekas lubang jerawat, menyamarkan dan menghilangkan flek-flek diwajah dan pigmentasi/warna kulit yang tidak rata, menghilangkan bekas jerawat, memutihkan kulit, memperbaiki kulit kusam, mencerahkan warna kulit, mengecilkan pori, membuat kulit tampak bercahaya dan menegangkan kulit.


Ni gambar masa dalam proses 1 minggu lebih... tengok... nampak tak beza dia... dan ditengah tu kulit muka tengah mengelupas. Yang sebelah kanan tu nampak tak mcm gelap jer warna kulit kan... tapi warna kulit sekata. Ni lah kita cakap muka macam terbakar sikit. nampak gelap kemerahan kan.







Ni muka dah sebati benar dengan Tabita.. Dah kamcengggg habisss dengan Tabita... Alhamdulillah so far tiada sebarang side effect atau apa-apa yang memudaratkan sepanjang penggunaan Tabita...

Okeylahhh... Lyza share kandungan dalam tabita Lyza okey... tapi janji kena jadi Members kita tau... tak susah, klik jer bahagian atas blog lyza ni... shik mok gemmm lak (tak nak geng nanti) hehehe...
yer lah yerlah... gemmm lah



Ni cream siang dan malam Lyza punyerrr... siape punyer? Ahmad Albab yang punyerrr...



Nah kita kasi ZOOMmm... hehe.. masih tak nampak sangat kan... tapi okey lah tu... hehe...



Okey uolsss... yang ni kandungan/cecair Facial Soap . yang kiri bila dia kena sejuk dan boleh beku mcm tu... ekeke... yang kanan bila dia mencair. Tapi dua-dua keadaan ni uolsss boleh pakai okeyy... janji dia boleh berbuih bila cuci kat muka.. hehe... :)



Dannn... Yang ini rupa keadaan bila cecair Smooth Lotion dititis ke atas kapas... Warna dia macam oren keemasan macam tu kan... Dan kalau nak pastikan smooth lotion tu original atau tidak. Dibawah botol Smooth Lotion yang ASLI terdapat tulisan 'LS' manakala kalau tiruan tertulis 'TBT". tapi tak tau pulak maksud kedua-dua short form tu. Adakah LS- Lyza Spongebob ker kan... TBT- TaBita Tiruan ker kan... hehe... wallahualam... tapi dari sumber yang boleh dipercayai.. yang ada tulisan LS adalah ORIGINAL/ ASLI...


Di bawah botol Smooth Lotion yang asli terdapat tulisan 'LS' manakala produk tiruan tertulis 'TBT'




Sedikit TIPS untuk pengguna Tabita.
Ngeee.... beberapa pertanyaan berkenaan ini... jadi ini jawapan penyelesaian dari saya yg dah kerap dijawab... ngeee... kepak jarik okeyyy... hehehe
Mode: mcm lah terer glak pun aku... auwwww...

Soalan : macam mana penggunaan bagi kalau nak solat.

Jawapan :
Sebelum ambik wuduk SUBUH cuci muka dengan Facial Soap. Lepas solat basahkan sedikit air kat muka lepas tu sapu Smooth Lotion dan Daily Cream.

Sebelum ambik wuduk ZOHOR, cuci muka dengan Facial Soap. Lepas zohor biar jer muka kosong dulu... hehehe... (jimat bah, kalau nak pakai pun ok jugak) sampai waktu ASAR. Dan lepas ASAR baru sapu Smooth Lotion dan Daily Cream.

MARGHRIB dan ISYAK pun sama seperti zohor dan asar tadi. Cuma bezanya pakai Nightly Cream okeeyyyy... jangan sarukkk... ekeke... dah malam, pakei nightly cream lah... ekeke... ♥ _ ♥

***Okeyy... Ni kita nak Share-Share Macam mana nak bezakan Tabita Palsu dengan Tanbila original. Hati-hati ya kawan-kawan sebab Produk tabita ni mudah ditiru dan sukar di pastikan keOriginalan nya...

haaaaa... Ni kita dapat dari google... ekeke...


Perbezaan Tabita Asli dan palsu

•cream tabita pagi warna kuning cerah, tabita palsu berwarna kuning keruh.
•cream tabita malam berwarna putih susu, tabita palsu warna nya putih ke
kuningan
•sabun tabita tutup asli botol putih bening, tabita palsu tutup nya
putih buram/susu

- Tabita asli memiliki cream pagi dgn warna kuning cerah dan lembut
sedangkan cream cream pagi palsu lebih kental / kaku dan berwarna kuning
keruh..

- Cream malam tabita asli berwarna putih susu dan tidak terlalu kental,
sedangkan yang palsu warna putih agak kekuningan keruh juga lebih kental

- Tas kemasan exclusive tabita asli memiliki bahan gold kulit jeruk
resreting baru berwarna kuning, sedangkan yang palsu bahan gold halus
kilap, dan resleting lama berwarna putih

- Sabun pada tabita asli pada tutup botolnya putih bening, sedangkan
tabita palsu putih susu / buram..






Tabita Skin Care asli :

•logo tulisan tabita dan gambar bunganya tersambung,
•logo berhologram
•krim paket exclusive putih kilap mutiara

Tabita Skin Care palsu :
•logo mengunakan tabita yg lama, dmn tulisan tabita dan gambar bunga
terpisah
•logo tidak berhologram,
•tutup wadah cream berwarna orange or pink

oklah..ni perkongsian owner blog ni...nanti nuyun kongsi testimoni kawan2 opis nuyun pulak k..

jumpa lagi..

ikhlas  
nuyun :-)

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in