Pages

notice board

Contoh Surat Perletakkan Jawatan Notis 24 Jam

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Sedikit perkongsian macam mana mahu buat surat perletakan jawatan. Maklumlah, sejak berhenti sekolah lepas peperiksaan SPM, tak pernah lagi mengarang surat rasmi. Surat-surat biasa tu adalah juga. Memandangkan sudah lama tidak mengarang surat, agak terkial-kial jugalah. Habis buku-buku lama dibelek-belek, entah macam mana boleh terlupa nak tanya "mr google". Hehehehe. 

Surat ni nuyun karang khas untuk majikan nuyun, tapi nuyun sudah ubah suailah. Untuk tatapan umum hanya perlukan yang penting-penting sahaja. Apa yang perlu adalah :
  1.     Tarikh mahu berhenti/ notis berapa bulan
  2.     Sebab mahu berhenti
  3.     Pengalaman semasa bekerja (pujian sikit)
Perlunya surat perletakan jawatan adalah untuk simpanan majikan. Mana tahu nanti dapat tawaran kerja lain, bakal majikan kita yang baru akan menghubungi majikan lama. Jadi kenalah tulis yang baik-baik sahaja. Betul tak? jom kita tengok surat yang nuyun sudah karang ni ye.

Nurulhuda binti Mohd Najmi,
No 12, Jalan 34/56,
Taman  Rasa Sayang
,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________________
Dekan,
Fakulti Pergigian,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
MALAYSIA.                                                                                             03 Januari 2014

Puan ,
PER: PERLETAKAN JAWATAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Saya Nurulhuda binti Mohd Najmi bertugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian,  ingin memaklumkan perletakan jawatan saya yang  akan berkuat kuasa pada 03 Februari 2014.


Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke atas Fakulti , tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah pengurusan rumahtangga, terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital, serta menjaga adik saya yang menghidap kanser darah. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama.


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
……………………….
(NURULHUDA BINTI MOHD NAJMI )
Pembantu Pembedahan Pergigian,
Universiti Malaya.



Oklah, nuyun harap surat ni dapat bantu kawan-kawan yang memerlukan.
Jumpa lagi dilain entri.

Salam ukhuwah fillah.


Entri ke2.

10 comments:

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in