Pages

notice board

Kalau Aku Kaya


Bismillah.

Menjadi kaya adalah impian ramai orang. Tidak ada seorang pun dari kita yang mahu hidup susah kan? Semuanya mahu kehidupan yang selesa. Ada rumah besar, kenderaan yang bagus, dan sudah tentunya mempuyai wang yang banyak. Tapi tidak semua orang yang bernasib baik, dan dapat hidup kaya.

Bagi nuyun, tidak salah untuk kita menjadi kaya. Malah dalam islam pun dianjurkan kita kaya. Maksudnya Islam tidak suka umatnya menjadi seorang yang suka meminta-minta, kerana kemiskinan kemiskinan sangat hampir kepada kekufuran.

Tapi sekarang ini, istilah kaya diterjemahkan dari sudut kebendaan semata-mata. Sedangkan apa yang nuyun tahu, maksud kaya dalam Islam itu sangat meluas pengertiannya. Kaya bukan setakat kita memiliki wang yang banyak dan harta yang bertimbun. Tetapi, kaya juga dinilai daripada segi ilmu, akhlak dan budi pekerti seseorang.

"Tiada maknanya jika kita banyak duit, dan harta benda tapi kita miskin jiwa". Sebabnya kita kaya di dunia, tapi miskin di akhirat. Kerana kekayaan yang kita miliki tidak digunakan untuk tujuan kebaikan seperti membantu orang susah serta langsung tidak ambil peduli kesusahan orang lain.

Namun, jika kita orang yang miskin di dunia tetapi kaya di akhirat lebih bertuah kerana walaupun kita miskin, tetapi kita kaya dengan akhlak dan budi pekerti serta banyak membuat kebaikan.

Cuma, yang paling ideal sekali ialah kaya di dunia dan juga di akhirat. Hanya dengan kekayaan yang kita ada, kita berusaha untuk mendapatkan ganjaran kebaikan di jalan Allah. Tetapi orang yang paling malang sekali ialah di dunia kita miskin, di akhirat juga kita miskin. Wa nauzubillah.

Jadi terpulanglah kepada kita untuk menempatkan diri di kategori mana yang kita inginkan.
Semoga entri ini bermanfaat. Salam jumaat.
 

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke12

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in