Pages

notice board

Surirumah Bergelar Work At Home Mom:Wahm

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah..

Akhirnya hari ini terluang masa untuk siapakan tugasan saya bersama Akademi Bekerja Dari Rumah. Aduhai,sebenarnya sudah lama perap tugasan ini dalam draft. Memang ambil masa yang agak lama untuk di'publish'kan. Bukannya susah pun, hanya mahu kenalkan siapa saya, dan tujuan saya menyertai akademi.

Oklah, jom kenali siapa saya secara ringkasnya. Nama yang diberi Nurulhuda Mohd Najmi, dilahirkan pada tahun 1982 di Tanah Merah , Kelantan. Anak pertama dari 12 orang adik beradik. Anda boleh bayangkan betapa besarnya keluarga saya. Memang sangat seronok dan meriah.

Saya membesar dan bersekolah di Kelantan. Sehinggalah melanjutkan pelajaran di Kolej Pergigian di Pulau Pinang. Tamat pengajian, saya berkhidmat di Fakulti Pergigian UM sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian. Sekarang saya menetap di Gombak, Selangor. Setelah 9 tahun berkhidmat di Um, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya pada 9 Februari 2014.

Alhamdulillah, sekarang saya sudah menyandang gelaran Surirumah Sepenuh Masa. Sebenarnya agak susah untuk mengambil keputusan tesebut. Namun kerana tekad yang kuat serta ditambah dengan masalah pengurusan rumahtangga, terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital. Saya merasakan, itulah keputusan terbaik yang pernah saya buat. Ini kerana saya bukan sahaja mendapat peluang berharga untuk menjaga sendiri anak saya, malah mendapat peluang menuju kebebasan kewangan. Kenapa?

Bagi saya yang berjiwa surirumah, disamping berjiwa peniaga. Jalan terbaik untuk saya adalah bekerja dari rumah. Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi saya sudah terjebak dengan perniagaan online. Masih segar dalam ingatan saya. Masa itu saya sedang berpantang anak pertama. Bolehlah menabung sikit-sikit sesambil menjaga anak. Bermula dengan blog nuyunbizhouse, saya menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Sehinggalah terbinanya beberapa blog yang lain, seperti blog khas untuk bisnes shaklee dan blog peribadi saya yang sedang diberi nafas baru. Alhamdulillah. Masih aktif lagi sehingga sekarang. Cuma blog saya kadang-kadang hidup, kadang-kadang mati. Tanpa ada sebarang entri baru.

Tetapi bila saya terbaca iklan dari fb kak masayu ahmad, bagaimana blog yang suka dibaca, isinya menarik penulisan mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Blog berpengaruh, mampu menukarkan isi blog sebagai wang (dengan izi Allah) . Hati saya teringin untuk menambah ilmu pengetahuan didalam penulisan blog. Sangat teruja untuk mengetahui cara berblog dengan teknik yang betul. Jadi disinilah saya sekarang. Bersedia menyiapkan tugasan-tugasan yang akan diberikan.

Semoga saya berjaya!

Kerana kejayaan itu sangat mahal harganya. Belum ada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada pengorbanan mahupun susah payah.

Oklah, itu sahaja sebagai pengenalan diri. Jumpa lagi di lain entri.

Salam ukhuwah.


Entri 1.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in