Pages

notice board

Tip Anak Soleh:Solehah

Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semOga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.




 

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.



 

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

 

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.




via : Prof. Dr. Muhaya

Kurus Cara Mudah & Berkesan


Bismillah,



1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda


16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.





Salam ukhuwah fillah.

Entri ke22

Tips Kurus Tanpa Makan Ubat Kurus:Mudah Cepat Berkesan

Bismillah,



Esok sudah masuk bulan Rejab nampaknya, sangat cepat masa berlalu. Tapi badan maintain je, tak juga mengecil. Aduhai, nak kena mula puasa dah ni. Maklumlah puasa ganti dah sudah, jadi yang sunat ni macam slow lah sikt. Ok takpe, tinggalkan dulu bab puasa tu ye. Mahu cerita tentang tajuk entri ni dulu, ada kaitan juga ni.

Memang salah satu tipsnya puasa lah kan, sesambil dapat pahala. Kesihatan pun terjaga juga, itu hikmahnya puasa.

Walaupun ada yang tidak kisah dengan saiz badan, tapi untuk kesihatan sangat penting berat yang ideal. Tips untuk kurus ni mudah sahaja sebenarnya. Cuma kena ada disiplin, azam yang kuat. Kalau setakat niat sahaja, memang tak jadi. 


Semua orang tahu, nak kurus kena kurang makan nasi, tapi ada yang tak boleh kurangkan nasi. Jadi apa yang patut anda buat, sebelum tiba waktu nak makan nasi contohnya, waktu pagi atau lunch. Ambil dulu buah-buahan, dalam kuantiti yang banyak. 2 biji epal sekali hadap, hehehe. Memang jadi, sebab saya pun pernah cuba tips ni. Tapi time nasi kena makan nasi juga, tapi dah kuranglah kuantitinya.

Pada masa yang sama, masa nak makan nasi tu. Tips seterusnya, letak sayur dulu banyak-banyak dalam pinggan. Takpun kalau yang kurang makan sayur, letak ikan ke ayam ke, lagi bagus yang stim. Kemudian baru letak nasi. Mesti ruang untuk nasi tu kecil je kan. Jadi point kat sini, karbohidrat dah kurang. Janganlah pula anda pergi letak nasi dalam pinggan lain. Memang tak berkesanlah. hehehehe.

Tips seterusnya, sebelum nak suap nasi masuk dalam mulut, sila minum air dulu dalam 1 gelas. Nyata lagi terang anda akan rasa kenyang serta merta. Tips ni memang saya selalu amalkan. Suka minum chinch shake dan esp sebelum makan. Tu sebab berat tak naik dan tak turun. Cubalah, tips ni sangat berkesan. Kadang-kadang 15 minit sebelum menapak ke kafe, teguk dulu air dalam 1 botol mineral. Harus tengok makanan je taklah menggedik sangat. 


Ini tips yang semua orang tak berapa nak rajin sangatlah. Termasuklah saya, kalau disuruh bersenam. Alamatnya senyum jelah. Maklumlah bila bekerja, tiada masa yang terluang untuk berjoging atau seangkatan dengannya. Jadi cara yang mudah, jalan je banyak-banyak, jangan asyik nak duduk menempek kat kerusi je kan. Memang 

lah punggung pun jadi kembang, lari bentuk dah. Hehehehe. Tapi kalau anda memang rajin bersenam, sangatlah bagus.

Oklah, rasanya itu sahajalah tips yang saya boleh kongsi. Inipun tips yang selalu saya amalkan, sebab ramai yang tanya. Berat badan sebelum ni lepas bersalin 69kg, tinggi 151cm je. Jadi nampaklah sangat berisi. Bila cukup 1 tahun, saya amalkan tips ni, dalam 1 bulan sahaja turun 4kg. Sekarang berat saya 60kg. Banyak penurunannya, dan nampak ketara dah kurang berisi. Walaupun nasi sentiasa menjadi makanan utama. Hehehe.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke15

Masalah Stress Dan Obesiti:Penyelesaiannya

 Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi


Perkongsian untuk hari ini adalah tentang masalah Stress. Tidak ramai yang tahu sebenarnya masalah stressni boleh mengakibatkan,

1- menggangu sistem pencernaan kita(sakit perut,sembelit,cirit),

2- menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam),

3- meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur,

4- penambahan berat badan.


sangat menarik point yang ke 4 ni, berat badan naik bukan sahaja sebab anda banyak makan. Tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti.


Jadi utk mengawal stress, anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu. Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.
  1. Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  2. Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folik.
  3. Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  4. Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  5. Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  6. Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  7. Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.
Bagi saya yang kadang-kadang stress dengan business, saya memilih B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif.
~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 
~Mudah di telan. 
~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua, kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk. Jika dibiarkan boleh menjurus ke penyakit fizikal.
~ overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi
~ dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik.

Akhir kata, sayangilah diri anda kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke13

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bismillah.

Makan pagi dengan mee kuah. Itupun sebab bahan-bahan dah ada. Cepat dan mudah.
Apakata tengok resepinya. Kalau suka, boleh cuba.

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bahan-bahan :-

Udang, sotong, ayam, daging.
Terpulang mahu banyak mana.
Fishball, fishcake.
Kalau suka.
1 paket mi kuning.
Sayur ikut suka.
Tomato 1 biji yang saiz besar. Potong 4.
Bawang merah 5 biji tumbuk
Bawang putih 3 biji tumbuk
Lada hitam 1 sudu besar tumbuk
3 sudu besar sos ikan. (Optional)
1 sudu sos tiram.
Minyak masak 3 sudu besar.
Garam.
Lada putih.
Air secukupnya untuk kuah. Nak kuah banyak, air kena banyak juga.

Caranya :-
Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk sampai garing ye.
Masukkan sos tiram dan sos ikan.
Kemudian masukkan air. Tunggu sampai mendidih.
Bila dah mendidih, masuk pula ayam, daging. Tunggu sampai empuk.
Kemudaian masukkan udang, sotong, fishball, fishcake.
Agak-agak dah empuk semua lauk.
Tambah garam dan lada putih. Rasalah sesedap rasa. Hehehe.
Akhir sekali masukkan sayuran dan mee.
Tunggu sampai mendidih.
Tutup api dah boleh dihidang.

Nak bagi rasa tambah ummpphhh!
Masa hidang, letak perahan asam limau. Daun sup. Daun bawang, kacang tumbuk dan sambal kicap. Sos cili.

Cubalah ye, sangat mudah.









 

Salam ukhuwah fillah.

 
Entri ke 21

Masak Gulai Kuning Ayam


Bismillah.

Hari minggu ni biasanya tak keluar pergi mana-mana. Sebab semalam sudah sakan berjalan ke Pesta Buku PWTC. Jadi gulai ni untuk makan tengahari ni. Resepi pula dari mak nuyun sendiri.
Ok jom kita tengok resepinya.

Bahan bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Lada solok - jika ada
1 biji kelapa parut - ambil santan (Ikut kuah nak banyak mana)

Cara membuatnya-

1. Bawang, kunyit, halia dan lengkuas dikisar halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan cili kisar dan santan. Kacau perlahan sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam, serai, air asam jawa dan masak sampai menggelegak.
4. Bila nampak ayam sudah empuk dan sebati. Tambah daun limau purut, asam keping dan garam.
Kena sentiasa dikacau. Kemudian masukkan lada solok, sesuaikan rasa, sudah boleh tutup api.


Tugasan ke19

Mangga Harum Manis VS Mangga Lemak Manis


Bismillah,






Mesti semua kenal dengan gambar kat atas ni kan. Harini minum petang dengan pulut mangga nila.

Cuma nuyun nak review dekat sini kesedapan mangga-mangga ni. Malangnya nuyun memang tidak sempat snap gambar pulut dan mangga yang telah dipotong kiub. Lain kalilah ye.

Bagi nuyun setakat pertama kali cuba mangga harum manis nilah. Agak tidak serasi dengan anak tekak. Memang tidak juga dinafikan baunya harum dan manis. Mula-mula sangat teruja dengan bau, mesti sedap giler ni. Dalam hati jelah. Tapi serius, rasa tidak sesedap bau. Ini bagi citarasa nuyun lah ye. Setiap orang berbeza. Mungkin anda suka.

Nak bagitahu rasanya, lebih kurang 'pauh ringan' yang masak. Panggilan untuk buah mangga di Kelantan, di KL atau negeri lain tak pasti.

Cuma bezanya, harum manis ni saiz besar. Pauh ringan saiz kecil. Mungkin anda yang berasal dari Kelantan, boleh bayangkan rasanya.


Apapun sangat jatuh cinta dengan mangga lemak manis. Sepinggan pulut pun boleh habis dengan mangga lemak manis ni. Rasa 'mabeles', walaupun tidak semerbak wangi macam mangga harum manis.

Rasanya sangat manis, dan sesuaila dengan nama lemak manis. Cuma bila makan pulut mangga ni, kena guna mangga yang betul-betul masak. Barulah rasanya serasi.


Untuk resepi pulut mangga senang je.

1. Masak pulut. Macam biasalah.

2. Santan segar. Nak masak sekejap dengan ditambah sedikit garam pun boleh.

3. Mangga yang telah dipotong kiub.

4. Sedikit gula melaka yang dah diracik halus. Jika suka.


Sediakan pinggan, campurkan semua bahan2. Kalau suka, tambahkan gula melaka sesedap rasa.

Ok. Siap.

Selamat menjamu selera. Jumpa lagi.






 

Salam ukhuwah fillah.


Entri ke19

Cara Perangkap Nyamuk:Bunuh Aedes:Tiruk:Mudah


Bismillah,



Dua harini banyak betul nyamuk. Entah terlupa tutup pintu dan tingkap rumah sebelum maghrib atau nyamuk sudah makin membiak. Bila bangun pagi sahaja, kiri kanan lengan penuh dengan bintik-bintik merah. Kesan nyamuk sudah menyinggah.


Malam ni sudah pasang ubat nyamuk lingkaran awal-awal lagi. Entah berkesan atau tidak. Nyamuk sekarang sudah moden, makin kebal dengan asap-asap fumakila ni.


Elok mahu log out facebook, adik pula share cara-cara mahu perangkap nyamuk. Nampaknya esok kena cubala. Mari nuyun panjangkan di blog pula.

Apa yang kita perlukan ialah:

1. 200 ml air 50 gram gula perang.

2. 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ).

3. 1 botol plastik 2liter.




Mudah sahaja buatnya :-

1. Potong botol plastik (jenis PET) jadi separuh.

2. Simpan bahagian leher.

3. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk.

4. Kemudian tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

5. Tambah yis. Tidak perlu dikacau sebati.

Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida).

6. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

7. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah kita.


Mudahkan, itu sahaja. Jika kena caranya. Dalam masa dua minggu, kita akan melihat jumlah nyamuk yang terperangkap di dalam botol.




Sumber: Facebook


Salam ukhuwah fillah.


Entri ke18

Pertama Kali Menyertai Segmen Blogwalking


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Segmen Blogwalking By DayangDeno


Cara penyertaan :
1- Like fanpage -->>
2- Follow blog -->> www.dayangdeno.com
3- Tajuk entri bebas. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.
5- Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge :)


>> Doodle ART <<


**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014


pertama kali join segmen blogwalking. :-)

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke16

Percik Kelantan Mudah:Sedap

Bismillah,



Ini  masakan kelantan. Kuah percik ni mudah sahaja. 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit


Cara-cara:

Ayam potong 2 pun boleh, potong 4 pun boleh. Saya potong kecil je.
Lumur dengan garam dan kunyit.
Halia dan bawang putih tumbuk sampai lumat.
Kemudian satukan dengan ayam tadi. Perap sementara sediakan kuah percik.

Bahan-bahan :
5 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 keping asam gelugor / asam keping
Santan ikut kuah nak banyak mana.
Gula.
Garam.
Minyak masak.

Cara-cara:


Serai, halia, bawang putih dan bawang merah dikisar sehingga hancur.
Tumis bahan kisar sehingga garing. 
kemudian masukkan santan dan asam gelugor. Kena sentiasa kacau dan api sederhana.
Sampai nampak kuah dah pekat dan pecah minyak.
Masukkan garam, gula.

Kemudian boleh bakar ayam.
Sesambil bakar, boleh lumurkan ayam dengan kuah percik, kemudian bakar lagi.
Tapi nuyun suka tenggelamkan ayam terus dalam periik macam ni. Sekali hadap je habis. Cubalah ye, mudah je.

Sempat snap yang dalam periuk sahaja. Yang lain semua sudah selamat dijamu.
Cubalah. Pasti puas hati.


Entri ke 17

LisNaree Resort:Kolam Renang:Tepi Pantai: Percutian Cherating Part Akhir


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya dapat menyewa hotel di Lis Na Ree Resort. 1 bilik untuk keluarga hanya rm130 je untuk sehari. Ada kupon untuk makan pagi esok untuk 3 orang. Kati l pun ada 3. Oklah, suasana pun tak membosankan. Petang sampai tu terus main kolam. Sangat seronok budak2 ni, sampai maghrib barulah bersiap nak solat maghrib dan cari tempat makan malam.

Aktiviti malam pula, hanya untuk makan malam dan berehat. Lepas google tempat paling sedap untuk makan. Akhirnya suami bersetuju nak mencuba di warung awang ikan bakar. Perjalanan dari chalet ke restoran lebih kurang 20 minit. Sesampai di restoran, tidaklah ramai pun orangnya. Dalam hati dah berbunga, mesti cepat makan ni, cepatlah boleh balik tidur.
 
Malangnya sebab tidak seperti jangkaan. Cuma bagi nuyun, inilah kali pertama dan terakhir singgah kat sini. Makanan boleh dikatakan memikat selera. Cuma servisnya yang tidak memuaskan, dalam masa setengah jam baru sampai air 1 jag yang dipesan. 1 jam kemudian barulah sampai makanannya pula. Anak-anak sudah hilang selera makan, mood pun dah berubah.
Kesian pula kat diaorang.
Air sudah nak habis 1 jag, makanan belum sampai. Cuma kalau anda kesana, pastikan anak-anak sudah alas perut. Tempoh menunggu pesanan yang agak lambat sampai, membuatkan diaorang meragam. Tidak dinafikan, udang dan ketam celup tepung. memang kena dengan selera. Ikan siakap masam manis dan bakar juga boleh dikatakan sedap.

Sesampai di chalet, semua sudah kepenatan. Anak-anak semua sudah dibuai mimpi dalam kereta lagi. Lebih kurang jam 11.45 malam, sampai chalet. Terus tidur je, sebab esok pepagi mahu bertolak pulang ke Kelantan.
Oklah, itu sahaja untuk entri kali ni. Apapun memang seronok. Tidak sabar tunggu cuti sekolah akan datang.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke14

Kelas Latihan Pengedar Baru Shaklee (NDT)



Bismillah.


Hari ni entri untuk "Training Class" di Berjaya Times Square Hotel. Memang sejujurnya, setakat berbisnes shaklee. Inilah kali pertama hadiri kelas yang berkaitan dengan perniagaan ni. Talk oleh Ethan Wang.

Apa itu shaklee bisnes?
People business.

Sikap untuk belajar.
Pilihan dan perubahan.
- miskin atau kaya merupakan pilihan.

" masa depan anda ditentukan pada apa yang anda pilih untuknya". - Dr. Forrest C. Shaklee

Kenapa perlu berubah?
Hakikatnya, purata pendapatan bulanan RM2,500. (Sumber:Bajet Malaysia 2013)

Bolehkah kita bergantung pada gaji rm2500 sebulan?
Contoh :
Pendapatan - rm2500
Socso - rm12
Epf - rm275
Jumlah bersih rm2213

Hakikatnya :-
Gambr

Rumah?
Anak?
Pelajaran?
Bil perubatan?
Membeli belah?
Percutian?
Persaraan?
Amal kebajikan?

Kurang Jaga Gigi:Tip Penjagaan Gigi


Bismillah.

Mesti ramai yang mahu tahu tip macam mana nak jaga gigi. Mari nuyun kongsikan 8 tip yang nuyun amalkan.

1. Pemakanan paling penting. Mesti jaga apa yang kita makan. Kurangkan makanan manis dan melekit. Contohnya makan coklat. Bukan tidak boleh makan ye. Cuma lepas makan, kena terus kumur dengan air putih.

2. Berus gigi dengan kerap. Biasanya nuyun akan berus gigi sebelum tidur malam. Selepas makan pagi dan setiap kali mahu solat. Jadi tiadalah bakteria yang berkumpul dan mudahnya terjadi karies.

3. Mesti guna flos, sebabnya sangat bagus untuk keluarkan sisa2 makanan yang lekat kat celah gigi. Boleh juga buang plak yang terbentuk.

4. Jangan merokok, bagi yang merokok lah.

5. Sangat kurangkan air bergas atau soda. Biasanya air gas ni banyak asid sitrik dan asid fosforik yang boleh menghakis gigi dengan perlahan2.

6. Kadang2 mengunyah gula2 getah. Memang tidak amalkan sangat sebab agak susah nak cari gula2 getah yang tidak mengandungi gula. Tujuannya untuk membersihkan lagi gigi.

7. Jangan ambil alkohol. Orang islam, haram ye! Sila ambil perhatian.

8. Mesti buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali. Tujuan untuk kenal pasti kerosakan yang mungkin ada.

Mudah je kan untuk jaga gigi, jadi rajin2kanlah amalkan tip yang nuyun kongsikan.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke10

10 Tabiat Yang Merosakkan Gigi


Bismillah.

Ramai dikalangan kita tidak menyedari kenapa gigi boleh rosak dengan cepat. Disini nuyun senaraikan faktor2nya.

1. Memberus gigi terlalu kuat disamping menggunakan berus gigi yang agak keras "hard".

Cadangan nuyun, guna berus gigi yang paling lembut "extra soft". Pilihan nuyun biasanya berus yang boleh mencapai geraham belakang dan mempunyai kepala pada yang mudah digerakkan di sekeliling mulut. Boleh juga guna yang jenis elektrik. Sebab kebanyakan berus gigi elektrik ni dapat memberus ke bahagian yang sukar, dan membantu membuang lebih plak berbanding berus biasa.

2. Salah ubat gigi.

Pastikan kita guna ubat gigi yang betul. Kena tengok juga, ada ubat gigi yang tertulis "tartar control" adalah tajam. Ini dapat menghakis enamel dan menyebabkan gusi menyusut kerana sifatnya yang kesat dan kasar. Jadi anda kena cari yang ada fluorida.
 
3. Malas flos.

Flos gigi amat penting. Mesti flos sekali sehari. Punca utama gigi rosak dan penyakit gusi adalah bakteria yang berkembang menjadi plak dalam masa 24 jam.

4. Suka minum banyak soda.

Jika anda tak boleh tinggal minuman bergas @ soda. Jadi sebaiknya guna straw untuk kurangkan hubungan antara soda dan gigi. Ini kerana, asid fosforik yang ada boleh menghakis gigi.

5. Makan makanan berwarna dan meninggalkan kesan.

Enamel gigi ni seperti span. Apa sahaja yang yang dapat tinggalkan kesan hitam dalam cawan atau pinggan, mesti dapat memudarkan warna gigi dan menjadi kuning dari masa ke semasa. Contohnya teh, kopi, dan kicap.

6. Kerap ambil snek.

Maksudnya suka makan makanan berkanji dan manis. Bakteria ni suka hidup di dalam mulut dan mencipta asid untuk menyebabkan kerosakan. Jadi eloklah banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran, ini dapat membantu sebagai berus gigi semula jadi. Kesannya sebagai detergen pada plak.

7. Guna gigi sebagai alat.

Masalah ni tak boleh elak. Suka koyak bungkusan makanan dan kunyah ais. Serta gigit makanan keras seperti gula2. Cara ni boleh menyebabkan gigi retak dan pecah.

8. Abaikan masalah gigi.

Biasanya kalau sakit gigi, anda mesti mengelak untuk jumpa doktor gigi kan? Gusi berdarah dan nafas berbau pun dibiarkan. Lama2 masalah gigi akan menjadi teruk. Jadi nasihat nuyun, rajin2lah ambil tahu hal gigi.

9. Elak berjumpa doktor gigi.

Paling kurang 1 tahun sekali. Paling elok 3 bulan sekali kalau ada masalah gusi. Dan biasanya 6 bulan 1 kali.

10. Abaikan bibir.

Yang ni ada kaitan sebab, tidak kiralah gigi cantik macam mana pun. Tapi senyuman tidak akan berseri jika bibir dalam keadaan kering atau merekah. Jadi gunalah pelembap bibir setiap hari.



Oklah, itu sahaja untuk hari ini. Semoga memberi manfaat untuk semua.



Salam ukhuwah fillah.

Entri ke9

Kenapa Gigi Kuning?




Bismillah.

Sambungan entri tentang Cara terbaik putihkan gigi baru2 ni. Tetiba ada dapat pertanyaan kenapa gigi boleh jadi kuning? Disini nuyun senaraikan 6 sebab yang nuyun tahulah.

1. Tidak gosok gigi. Bukan apa, gigi yang tidak bersih akan buat gigi kita jadi lemah. Bila gigi lemah, kotoran pun mudah lekat. Sebab tulah gigi akan nampak kuning. Faham kan?

2. Selalu minum kopi atau teh secara berlebihan. Memang tidak digalakkan juga untuk kesihatan kan? Jadi kurangkanlah ye.

3. Merokok. Masalah ni semua orang tahu.

4. Malas untuk berus gigi. Kadang2 sisa makanan yang terlekat celah gigi tidak dibersihkan. Dibiarkan sehingga menjadi plak @ tahi gigi. Asid yang keluar dari plak akan menyebabkan gigi lemah dan bertukar kuning.

5. Gigi kurang dapat zat untuk kekal kuat. Jadi kena cukupkan pengambilan kalsium.

6. Terlalu minum minuman bergula. Seperti air berkarbonat.

Bagi nuyun, untuk mendapatkan gigi yang bersinar dan sihat secara semula jadi. Sebaiknya kita amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan seperti makanan berwarna dan kopi serta makanan berjeruk.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke8

Kalau Aku Kaya


Bismillah.

Menjadi kaya adalah impian ramai orang. Tidak ada seorang pun dari kita yang mahu hidup susah kan? Semuanya mahu kehidupan yang selesa. Ada rumah besar, kenderaan yang bagus, dan sudah tentunya mempuyai wang yang banyak. Tapi tidak semua orang yang bernasib baik, dan dapat hidup kaya.

Bagi nuyun, tidak salah untuk kita menjadi kaya. Malah dalam islam pun dianjurkan kita kaya. Maksudnya Islam tidak suka umatnya menjadi seorang yang suka meminta-minta, kerana kemiskinan kemiskinan sangat hampir kepada kekufuran.

Tapi sekarang ini, istilah kaya diterjemahkan dari sudut kebendaan semata-mata. Sedangkan apa yang nuyun tahu, maksud kaya dalam Islam itu sangat meluas pengertiannya. Kaya bukan setakat kita memiliki wang yang banyak dan harta yang bertimbun. Tetapi, kaya juga dinilai daripada segi ilmu, akhlak dan budi pekerti seseorang.

"Tiada maknanya jika kita banyak duit, dan harta benda tapi kita miskin jiwa". Sebabnya kita kaya di dunia, tapi miskin di akhirat. Kerana kekayaan yang kita miliki tidak digunakan untuk tujuan kebaikan seperti membantu orang susah serta langsung tidak ambil peduli kesusahan orang lain.

Namun, jika kita orang yang miskin di dunia tetapi kaya di akhirat lebih bertuah kerana walaupun kita miskin, tetapi kita kaya dengan akhlak dan budi pekerti serta banyak membuat kebaikan.

Cuma, yang paling ideal sekali ialah kaya di dunia dan juga di akhirat. Hanya dengan kekayaan yang kita ada, kita berusaha untuk mendapatkan ganjaran kebaikan di jalan Allah. Tetapi orang yang paling malang sekali ialah di dunia kita miskin, di akhirat juga kita miskin. Wa nauzubillah.

Jadi terpulanglah kepada kita untuk menempatkan diri di kategori mana yang kita inginkan.
Semoga entri ini bermanfaat. Salam jumaat.
 

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke12

Testimoni One Drop Perfumes:Boleh buat bisnes sambilan

Teks:&nbsp;Nurulhuda Mohd Najmi
Bismillah.
Sebenarnya nuyun peminat setia perfumes one drop ni, sebab tulah muncul entri ni. Mesti ramai yang dah tahu fenomena perfumes ni 2 tahun lepas. Ini antara gambar&nbsp; perfumes ni. Sampai sekarang masih lagi guna produk ni.
&nbsp;&nbsp;
&nbsp;baunya memang boleh tahan juga. Nuyun suka kotak hijau, sangat soft. Sekarang tak perlu lagi beli 1 kotak. nak beli 1 botol pun boleh, ada je dijual dikedai jamu. Harga rm5 je 1botol.
antara yang nuyun suka dalam set ni :-
1.Inspired by Escape, Calvin Klein
2.Inspired by Romance LPV, Ralph Lauren
3.Inspired by Pleasure, Estee Lauder
4.Inspired by Jennifer, Jennifer Lopez
5.Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
6.Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
7.Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
8.Inspired by Apple Blossom, Body Shop

&nbsp;
sekarang ni sesambil guna, buat juga bisnes. Antara yang berjaya buat duit dengan perfumes. Ni nuyun google je. kredit untuk pemilik gambar.


&nbsp;oklah, kalau kawan2 berminat. Bolehlah cuba, memang wangi.
Salam ukhuwah fillah.
Entri ke7
&nbsp;

Memutihkan Gigi:Perkara Yang Perlu Anda Ketahui


Bismillah.


Kenapa saya wujudkan entri ini? Adakah kerana saya pernah bekerja sebagai Nurse Gigi?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya. Sebenarnya tiada sebab khusus, cuma terfikir kerana ada di antara kita yang mahukan rambut yang lurus. Manakala yang lain mahukan rambut yang agak kerinting. Dan macam2 gayalah.

Tetapi, yang pastinya. Ramai yang mahukan gigi yang putih daripada gigi yang kuning. Bukan begitu kan? Lagipun di zaman moden sekarang, banyak yang menuntut untuk senyuman yang lebih baik dengan gigi yang putih. Ditambah lagi dengan pelbagai iklan ubat gigi termasuklah keperluan peribadi untuk kelihatan lebih sihat dan muda. Seolah-olah gigi yang berubah warna atau gelap tidak lagi diterima oleh kita semua.

Oleh kerana permintaan terhadap pergigian estetik telah meningkat, teknik2 dan ciri2 bahan pergigian juga turut dipertingkatkan. Disebabkan itu jugalah, pelbagai produk pemutihan semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Cuma kita sahaja yang tidak peduli kesan pengambilan produk2 tersebut tanpa pengawasan doktor.

Sebenarnya, warna gigi kita secara semula jadinya bergantung pada kulit. Gigi mereka yang berkulit gelap biasanya nampak lebih putih. Manakala orang Melayu yang berkulit sawo matang memiliki gigi yang agak kekuning. Orang cina pula, antara putih dan kekuningan.

Mungkin anda semua tidak perasan, kesan negatif yang kita dapat dari produk pemutih yang diguna berulang kali dan berlebihan. Bahagian luar gigi akan terhakis dan semakin nipis. Sebabnya, kandungan pemutih gigi mengandungi kira2 30 hingga 35 peratus hidrogen peroksida atau 10 peratus karbamida peroksida sebagai bahan aktif. Anda tak percaya? Cubalah tengok kandungannya.

Contoh paling mudah. Kita bayangkan, pemutihan gigi ni macam merendam pakaian dalam bahan peluntur. Ia menarik keluar semua elemen penting yang terdapat dalam gigi seperti kalsium. Sedangkan kita tahu, kalsium sangat perlu untuk menguatkan struktur gigi. Lebih teruk lagi, ia boleh menanggalkan gigi untuk jangka masa panjang. Jadi beringatlah ye, untuk menggantikan sebatang gigi yang hilang. Anda mungkin memerlukan kos antara Rm5000-Rm10000. Ini bukan main2.

Nasihat nuyun, pemutihan gigi bagi tujuan semata-mata untuk tampil cantik sahaja sebenarnya tidak diperlukan. Kerana perubahan pada warna gigi boleh disebabkan banyak faktor dan tidak kekal lama.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke6.

AYAM GORENG ALA KFC / KFC LIKE FRIED CHICKEN

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah

Baru je sekejap tadi menyiapkan hidangan tengahari. Jadi disini nuyun akan kongsikan resepi hari ni.
SUMBER.
Alhamdulillah, rasa memang sedap hingga licin sepinggan ayam kfc ni. Jom kita tengok cara penyediannya.

Ayam Goreng ala KFC
(Resepi asal diambil dari Khalid Lid)

Bahan-bahan.

Bahan perapan

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
2 batang serai *
10 mm halia *
1 bawang besar *
2 ulas bawang putih * (* bahan dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
4 biji telur
Air (untuk kisar)
1 sudu teh rempah campuran
Jus lemon
Garam
Gula
Tepung beras


Bahan Campuran kering

Tepung gandum    
Campuran herba kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Gula

Minyak masak

Langkah-langkah

1.    Serai, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

2.    Gaulkan bahan dikisar, cili kisar, rempah kari, rempah campuran, garam, gula dan telur.

3.    Campurkan tepung beras dan gaul rata.  Masukkan ayam dan perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.

4.    Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk kari, herba kering, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula. (Campuran kering)

5.    Panaskan minyak dalam kuali untuk gorengan tenggelam (deep frying)

. 

6.    Gaul ayam yang diperap dan gulingkan ke atas campuran kering.

7.    Masukkan ayam yang digaul ke dalam minyak yang betul-betul panas.

8.    Selepas dimasukkan ke dalam minyak kecilkan api.  Biarkan gorengan menjadi kuning keemasan.

. 

9.    Untuk mengekalkan kegaringan, ayam yang telah digoreng dibakar semula di dalam ketuhar.  Keluarkan untuk dihidang.




Mudah je kan. Cubalah, mesti tiap-tiap hari anak minta buatkan. Oklah, itu je, Penat gak menaip panjang lebar ni. Jumpa lagi.


Salam ukhuwah fillah. 

Entri ke5. 

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in