Pages

notice board

Tips Kurus Tanpa Makan Ubat Kurus:Mudah Cepat Berkesan

Bismillah,



Esok sudah masuk bulan Rejab nampaknya, sangat cepat masa berlalu. Tapi badan maintain je, tak juga mengecil. Aduhai, nak kena mula puasa dah ni. Maklumlah puasa ganti dah sudah, jadi yang sunat ni macam slow lah sikt. Ok takpe, tinggalkan dulu bab puasa tu ye. Mahu cerita tentang tajuk entri ni dulu, ada kaitan juga ni.

Memang salah satu tipsnya puasa lah kan, sesambil dapat pahala. Kesihatan pun terjaga juga, itu hikmahnya puasa.

Walaupun ada yang tidak kisah dengan saiz badan, tapi untuk kesihatan sangat penting berat yang ideal. Tips untuk kurus ni mudah sahaja sebenarnya. Cuma kena ada disiplin, azam yang kuat. Kalau setakat niat sahaja, memang tak jadi. 


Semua orang tahu, nak kurus kena kurang makan nasi, tapi ada yang tak boleh kurangkan nasi. Jadi apa yang patut anda buat, sebelum tiba waktu nak makan nasi contohnya, waktu pagi atau lunch. Ambil dulu buah-buahan, dalam kuantiti yang banyak. 2 biji epal sekali hadap, hehehe. Memang jadi, sebab saya pun pernah cuba tips ni. Tapi time nasi kena makan nasi juga, tapi dah kuranglah kuantitinya.

Pada masa yang sama, masa nak makan nasi tu. Tips seterusnya, letak sayur dulu banyak-banyak dalam pinggan. Takpun kalau yang kurang makan sayur, letak ikan ke ayam ke, lagi bagus yang stim. Kemudian baru letak nasi. Mesti ruang untuk nasi tu kecil je kan. Jadi point kat sini, karbohidrat dah kurang. Janganlah pula anda pergi letak nasi dalam pinggan lain. Memang tak berkesanlah. hehehehe.

Tips seterusnya, sebelum nak suap nasi masuk dalam mulut, sila minum air dulu dalam 1 gelas. Nyata lagi terang anda akan rasa kenyang serta merta. Tips ni memang saya selalu amalkan. Suka minum chinch shake dan esp sebelum makan. Tu sebab berat tak naik dan tak turun. Cubalah, tips ni sangat berkesan. Kadang-kadang 15 minit sebelum menapak ke kafe, teguk dulu air dalam 1 botol mineral. Harus tengok makanan je taklah menggedik sangat. 


Ini tips yang semua orang tak berapa nak rajin sangatlah. Termasuklah saya, kalau disuruh bersenam. Alamatnya senyum jelah. Maklumlah bila bekerja, tiada masa yang terluang untuk berjoging atau seangkatan dengannya. Jadi cara yang mudah, jalan je banyak-banyak, jangan asyik nak duduk menempek kat kerusi je kan. Memang 

lah punggung pun jadi kembang, lari bentuk dah. Hehehehe. Tapi kalau anda memang rajin bersenam, sangatlah bagus.

Oklah, rasanya itu sahajalah tips yang saya boleh kongsi. Inipun tips yang selalu saya amalkan, sebab ramai yang tanya. Berat badan sebelum ni lepas bersalin 69kg, tinggi 151cm je. Jadi nampaklah sangat berisi. Bila cukup 1 tahun, saya amalkan tips ni, dalam 1 bulan sahaja turun 4kg. Sekarang berat saya 60kg. Banyak penurunannya, dan nampak ketara dah kurang berisi. Walaupun nasi sentiasa menjadi makanan utama. Hehehe.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke15

Masalah Stress Dan Obesiti:Penyelesaiannya

 Bismillah.

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi


Perkongsian untuk hari ini adalah tentang masalah Stress. Tidak ramai yang tahu sebenarnya masalah stressni boleh mengakibatkan,

1- menggangu sistem pencernaan kita(sakit perut,sembelit,cirit),

2- menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam),

3- meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur,

4- penambahan berat badan.


sangat menarik point yang ke 4 ni, berat badan naik bukan sahaja sebab anda banyak makan. Tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti.


Jadi utk mengawal stress, anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu. Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.
  1. Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  2. Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folik.
  3. Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  4. Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  5. Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  6. Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  7. Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.
Bagi saya yang kadang-kadang stress dengan business, saya memilih B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif.
~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 
~Mudah di telan. 
~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua, kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk. Jika dibiarkan boleh menjurus ke penyakit fizikal.
~ overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi
~ dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik.

Akhir kata, sayangilah diri anda kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke13

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bismillah.

Makan pagi dengan mee kuah. Itupun sebab bahan-bahan dah ada. Cepat dan mudah.
Apakata tengok resepinya. Kalau suka, boleh cuba.

Mee Kuah Resepi Kelantan

Bahan-bahan :-

Udang, sotong, ayam, daging.
Terpulang mahu banyak mana.
Fishball, fishcake.
Kalau suka.
1 paket mi kuning.
Sayur ikut suka.
Tomato 1 biji yang saiz besar. Potong 4.
Bawang merah 5 biji tumbuk
Bawang putih 3 biji tumbuk
Lada hitam 1 sudu besar tumbuk
3 sudu besar sos ikan. (Optional)
1 sudu sos tiram.
Minyak masak 3 sudu besar.
Garam.
Lada putih.
Air secukupnya untuk kuah. Nak kuah banyak, air kena banyak juga.

Caranya :-
Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk sampai garing ye.
Masukkan sos tiram dan sos ikan.
Kemudian masukkan air. Tunggu sampai mendidih.
Bila dah mendidih, masuk pula ayam, daging. Tunggu sampai empuk.
Kemudaian masukkan udang, sotong, fishball, fishcake.
Agak-agak dah empuk semua lauk.
Tambah garam dan lada putih. Rasalah sesedap rasa. Hehehe.
Akhir sekali masukkan sayuran dan mee.
Tunggu sampai mendidih.
Tutup api dah boleh dihidang.

Nak bagi rasa tambah ummpphhh!
Masa hidang, letak perahan asam limau. Daun sup. Daun bawang, kacang tumbuk dan sambal kicap. Sos cili.

Cubalah ye, sangat mudah.









 

Salam ukhuwah fillah.

 
Entri ke 21

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in