Pages

notice board

Testimoni One Drop Perfumes:Boleh buat bisnes sambilan

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi
Bismillah.
Sebenarnya nuyun peminat setia perfumes one drop ni, sebab tulah muncul entri ni. Mesti ramai yang dah tahu fenomena perfumes ni 2 tahun lepas. Ini antara gambar  perfumes ni. Sampai sekarang masih lagi guna produk ni.
  
 baunya memang boleh tahan juga. Nuyun suka kotak hijau, sangat soft. Sekarang tak perlu lagi beli 1 kotak. nak beli 1 botol pun boleh, ada je dijual dikedai jamu. Harga rm5 je 1botol.
antara yang nuyun suka dalam set ni :-
1.Inspired by Escape, Calvin Klein
2.Inspired by Romance LPV, Ralph Lauren
3.Inspired by Pleasure, Estee Lauder
4.Inspired by Jennifer, Jennifer Lopez
5.Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
6.Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
7.Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
8.Inspired by Apple Blossom, Body Shop

 
sekarang ni sesambil guna, buat juga bisnes. Antara yang berjaya buat duit dengan perfumes. Ni nuyun google je. kredit untuk pemilik gambar.


 oklah, kalau kawan2 berminat. Bolehlah cuba, memang wangi.
Salam ukhuwah fillah.
Entri ke7
 

Memutihkan Gigi:Perkara Yang Perlu Anda Ketahui


Bismillah.


Kenapa saya wujudkan entri ini? Adakah kerana saya pernah bekerja sebagai Nurse Gigi?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya. Sebenarnya tiada sebab khusus, cuma terfikir kerana ada di antara kita yang mahukan rambut yang lurus. Manakala yang lain mahukan rambut yang agak kerinting. Dan macam2 gayalah.

Tetapi, yang pastinya. Ramai yang mahukan gigi yang putih daripada gigi yang kuning. Bukan begitu kan? Lagipun di zaman moden sekarang, banyak yang menuntut untuk senyuman yang lebih baik dengan gigi yang putih. Ditambah lagi dengan pelbagai iklan ubat gigi termasuklah keperluan peribadi untuk kelihatan lebih sihat dan muda. Seolah-olah gigi yang berubah warna atau gelap tidak lagi diterima oleh kita semua.

Oleh kerana permintaan terhadap pergigian estetik telah meningkat, teknik2 dan ciri2 bahan pergigian juga turut dipertingkatkan. Disebabkan itu jugalah, pelbagai produk pemutihan semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Cuma kita sahaja yang tidak peduli kesan pengambilan produk2 tersebut tanpa pengawasan doktor.

Sebenarnya, warna gigi kita secara semula jadinya bergantung pada kulit. Gigi mereka yang berkulit gelap biasanya nampak lebih putih. Manakala orang Melayu yang berkulit sawo matang memiliki gigi yang agak kekuning. Orang cina pula, antara putih dan kekuningan.

Mungkin anda semua tidak perasan, kesan negatif yang kita dapat dari produk pemutih yang diguna berulang kali dan berlebihan. Bahagian luar gigi akan terhakis dan semakin nipis. Sebabnya, kandungan pemutih gigi mengandungi kira2 30 hingga 35 peratus hidrogen peroksida atau 10 peratus karbamida peroksida sebagai bahan aktif. Anda tak percaya? Cubalah tengok kandungannya.

Contoh paling mudah. Kita bayangkan, pemutihan gigi ni macam merendam pakaian dalam bahan peluntur. Ia menarik keluar semua elemen penting yang terdapat dalam gigi seperti kalsium. Sedangkan kita tahu, kalsium sangat perlu untuk menguatkan struktur gigi. Lebih teruk lagi, ia boleh menanggalkan gigi untuk jangka masa panjang. Jadi beringatlah ye, untuk menggantikan sebatang gigi yang hilang. Anda mungkin memerlukan kos antara Rm5000-Rm10000. Ini bukan main2.

Nasihat nuyun, pemutihan gigi bagi tujuan semata-mata untuk tampil cantik sahaja sebenarnya tidak diperlukan. Kerana perubahan pada warna gigi boleh disebabkan banyak faktor dan tidak kekal lama.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke6.

AYAM GORENG ALA KFC / KFC LIKE FRIED CHICKEN

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah

Baru je sekejap tadi menyiapkan hidangan tengahari. Jadi disini nuyun akan kongsikan resepi hari ni.
SUMBER.
Alhamdulillah, rasa memang sedap hingga licin sepinggan ayam kfc ni. Jom kita tengok cara penyediannya.

Ayam Goreng ala KFC
(Resepi asal diambil dari Khalid Lid)

Bahan-bahan.

Bahan perapan

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
2 batang serai *
10 mm halia *
1 bawang besar *
2 ulas bawang putih * (* bahan dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
4 biji telur
Air (untuk kisar)
1 sudu teh rempah campuran
Jus lemon
Garam
Gula
Tepung beras


Bahan Campuran kering

Tepung gandum    
Campuran herba kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Gula

Minyak masak

Langkah-langkah

1.    Serai, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

2.    Gaulkan bahan dikisar, cili kisar, rempah kari, rempah campuran, garam, gula dan telur.

3.    Campurkan tepung beras dan gaul rata.  Masukkan ayam dan perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.

4.    Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk kari, herba kering, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula. (Campuran kering)

5.    Panaskan minyak dalam kuali untuk gorengan tenggelam (deep frying)

. 

6.    Gaul ayam yang diperap dan gulingkan ke atas campuran kering.

7.    Masukkan ayam yang digaul ke dalam minyak yang betul-betul panas.

8.    Selepas dimasukkan ke dalam minyak kecilkan api.  Biarkan gorengan menjadi kuning keemasan.

. 

9.    Untuk mengekalkan kegaringan, ayam yang telah digoreng dibakar semula di dalam ketuhar.  Keluarkan untuk dihidang.




Mudah je kan. Cubalah, mesti tiap-tiap hari anak minta buatkan. Oklah, itu je, Penat gak menaip panjang lebar ni. Jumpa lagi.


Salam ukhuwah fillah. 

Entri ke5. 

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in