Pages

notice board

AYAM GORENG ALA KFC / KFC LIKE FRIED CHICKEN

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah

Baru je sekejap tadi menyiapkan hidangan tengahari. Jadi disini nuyun akan kongsikan resepi hari ni.
SUMBER.
Alhamdulillah, rasa memang sedap hingga licin sepinggan ayam kfc ni. Jom kita tengok cara penyediannya.

Ayam Goreng ala KFC
(Resepi asal diambil dari Khalid Lid)

Bahan-bahan.

Bahan perapan

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
2 batang serai *
10 mm halia *
1 bawang besar *
2 ulas bawang putih * (* bahan dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
4 biji telur
Air (untuk kisar)
1 sudu teh rempah campuran
Jus lemon
Garam
Gula
Tepung beras


Bahan Campuran kering

Tepung gandum    
Campuran herba kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Gula

Minyak masak

Langkah-langkah

1.    Serai, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

2.    Gaulkan bahan dikisar, cili kisar, rempah kari, rempah campuran, garam, gula dan telur.

3.    Campurkan tepung beras dan gaul rata.  Masukkan ayam dan perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.

4.    Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk kari, herba kering, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula. (Campuran kering)

5.    Panaskan minyak dalam kuali untuk gorengan tenggelam (deep frying)

. 

6.    Gaul ayam yang diperap dan gulingkan ke atas campuran kering.

7.    Masukkan ayam yang digaul ke dalam minyak yang betul-betul panas.

8.    Selepas dimasukkan ke dalam minyak kecilkan api.  Biarkan gorengan menjadi kuning keemasan.

. 

9.    Untuk mengekalkan kegaringan, ayam yang telah digoreng dibakar semula di dalam ketuhar.  Keluarkan untuk dihidang.




Mudah je kan. Cubalah, mesti tiap-tiap hari anak minta buatkan. Oklah, itu je, Penat gak menaip panjang lebar ni. Jumpa lagi.


Salam ukhuwah fillah. 

Entri ke5. 

Bercuti Di Cherating Pahang Sempena Cuti Sekolah:Part 1


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah.

Pengalaman bercuti di cherating. Sebenarnya ini bukan kali pertama, sudah banyak kali juga. Tapi percutian kali ni disebabkan mahu pulang ke kelantan, kiranya percutian tidak dirancang.
Menariknya, bila bercuti "koboi" macam ni, rasa lebih bermakna. Disertai oleh ummi nuyun dan juga adik perempuan suami. Merangkap adik ipar nuyun lah kan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang tidaklah lama, lebih kurang 3 jam. Itupun banyak juga berhentinya. Mahu makan, mahu tunaikan hajat, dan macam-macam lah. Sesampai di Tanjung Lumpur Pahang. Singgah sekejap dirumah adik ipar yang sudah menetap disana. Lebih kurang 1 jam lepak rumah dia, terus bertolak untuk cari tempat merehatkan badan.

Nama pun percutian tidak dirancang, jadinya hotel pun main redah jelah. Cari punya cari, banyak yang sudah penuh. Ada juga yang kosong, tapi harga pula agak mahal. Maklumlah kami semua bertujuh termasuk 2 anak kecil. Jadinya kena cari chalet yang budget. Lagipun bukan nak keselesaan sangat, yang penting ada katil, tilam, selimut semua pun dah ok. Cuma untuk memenuhi keterujaan anak-anak, suami mahu juga menyewa chalet yang mempunyai kolam renang.

Lebih kurang 1 jam jugalah berpusing keluar masuk hotel, akhirnya dapat juga chalet yang memenuhi keinginan anak-anak. Harga pun berpatutan. 
Tapi untuk huraian chalet dan aktiviti yang dilakukan, nuyun sambung entri akan datang. Tunggu ye.


Salam ukhuwah fillah.

Entri ke4.

BORANG PESANAN Pembelian Barang di Nuyunbizhouse


Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah. 

Entri kali ni nuyun nak berkongsi cara pembelian produk di nuyunbizhouse. Sebenarnya borang ni memudahkan pelanggan, untuk memberi detail yang nuyun perlukan bagi menghantar produk kepada pelanggan tanpa timbulnya sebarang masalah. Bagi nuyun, borang seperti ini wajib ada untuk setiap peniaga online.

Cara menyediakan borang pesanan ini mudah sahaja. Anda boleh ke sini bagi merangka borang yang anda perlukan. Ikut langkah-langkah yang diberikan tanpa perlu log masuk atau jadi ahli. Sangat mudah bukan?

Oklah, itu sahaja. Ini contoh borang yang nuyun guna pakai sekarang ni.
Selamat mencuba.

Salam ukhuwah fillah.

Entri ke3.
 


NAMA PELANGGAN*

ALAMAT EMAIL PELANGGAN*

NO HANDPHONE*

ALAMAT LENGKAP PENGHANTARAN*

TARIKH PEMBAYARAN*

MM
/
DD
/
YYYY
CARA BAYARAN*
 CASH DEPOSIT MACHINE 
 ONLINE BANKING 
PEMBAYARAN MELALUI*
NOMBOR SLIP PEMBAYARAN

SENARAI BARANG PESANAN*

Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image][What's This?]

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in