Bismillah.
Hari minggu ni biasanya tak keluar pergi mana-mana. Sebab semalam sudah sakan berjalan ke Pesta Buku PWTC. Jadi gulai ni untuk makan tengahari ni. Resepi pula dari mak nuyun sendiri.
Ok jom kita tengok resepinya.
Bahan bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Lada solok - jika ada
1 biji kelapa parut - ambil santan (Ikut kuah nak banyak mana)
Cara membuatnya-
1. Bawang, kunyit, halia dan lengkuas dikisar halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan cili kisar dan santan. Kacau perlahan sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam, serai, air asam jawa dan masak sampai menggelegak.
4. Bila nampak ayam sudah empuk dan sebati. Tambah daun limau purut, asam keping dan garam.
Kena sentiasa dikacau. Kemudian masukkan lada solok, sesuaikan rasa, sudah boleh tutup api.
Tugasan ke19

Bismillah,

Mesti semua kenal dengan gambar kat atas ni kan. Harini minum petang dengan pulut mangga nila.
Cuma nuyun nak review dekat sini kesedapan mangga-mangga ni. Malangnya nuyun memang tidak sempat snap gambar pulut dan mangga yang telah dipotong kiub. Lain kalilah ye.
Bagi nuyun setakat pertama kali cuba mangga harum manis nilah. Agak tidak serasi dengan anak tekak. Memang tidak juga dinafikan baunya harum dan manis. Mula-mula sangat teruja dengan bau, mesti sedap giler ni. Dalam hati jelah. Tapi serius, rasa tidak sesedap bau. Ini bagi citarasa nuyun lah ye. Setiap orang berbeza. Mungkin anda suka.
Nak bagitahu rasanya, lebih kurang 'pauh ringan' yang masak. Panggilan untuk buah mangga di Kelantan, di KL atau negeri lain tak pasti.
Cuma bezanya, harum manis ni saiz besar. Pauh ringan saiz kecil. Mungkin anda yang berasal dari Kelantan, boleh bayangkan rasanya.
Apapun sangat jatuh cinta dengan mangga lemak manis. Sepinggan pulut pun boleh habis dengan mangga lemak manis ni. Rasa 'mabeles', walaupun tidak semerbak wangi macam mangga harum manis.
Rasanya sangat manis, dan sesuaila dengan nama lemak manis. Cuma bila makan pulut mangga ni, kena guna mangga yang betul-betul masak. Barulah rasanya serasi.
Untuk resepi pulut mangga senang je.
1. Masak pulut. Macam biasalah.
2. Santan segar. Nak masak sekejap dengan ditambah sedikit garam pun boleh.
3. Mangga yang telah dipotong kiub.
4. Sedikit gula melaka yang dah diracik halus. Jika suka.
Sediakan pinggan, campurkan semua bahan2. Kalau suka, tambahkan gula melaka sesedap rasa.
Ok. Siap.
Selamat menjamu selera. Jumpa lagi.
Salam ukhuwah fillah.
Entri ke19

Bismillah,
Dua harini banyak betul nyamuk. Entah terlupa tutup pintu dan tingkap rumah sebelum maghrib atau nyamuk sudah makin membiak. Bila bangun pagi sahaja, kiri kanan lengan penuh dengan bintik-bintik merah. Kesan nyamuk sudah menyinggah.
Malam ni sudah pasang ubat nyamuk lingkaran awal-awal lagi. Entah berkesan atau tidak. Nyamuk sekarang sudah moden, makin kebal dengan asap-asap fumakila ni.
Elok mahu log out facebook, adik pula share cara-cara mahu perangkap nyamuk. Nampaknya esok kena cubala. Mari nuyun panjangkan di blog pula.
Apa yang kita perlukan ialah:
1. 200 ml air 50 gram gula perang.
2. 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ).
3. 1 botol plastik 2liter.

Mudah sahaja buatnya :-
1. Potong botol plastik (jenis PET) jadi separuh.
2. Simpan bahagian leher.
3. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk.
4. Kemudian tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
5. Tambah yis. Tidak perlu dikacau sebati.
Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida).
6. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
7. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah kita.
Mudahkan, itu sahaja. Jika kena caranya. Dalam masa dua minggu, kita akan melihat jumlah nyamuk yang terperangkap di dalam botol.

Sumber: Facebook
Salam ukhuwah fillah.
Entri ke18

Disclaimer #1
Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.
Disclaimer #2
Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.
TERIMA KASIH.