Pages

notice board

Kueh Teow Ladna Sedap Dan Simple

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah..
 resepi ni saya ceduk dari carian google. sudah cuba, memang senang dan rasanya pun sedap. jom kita tengok ye. ni resepi pagi tadi

KUEH TEOW LADNA 
Resepi : embunrosaliza

Bahan-bahan

kueh teow -  digoreng seketika dan di campur kicap manis, ketepikan

Untuk kuah

4 ulas bawang putih - diketuk2

2 sudu minyak

2 sudu sos tiram

2 kiub ayam

2 biji telur

sekeping dada ayam - di potong kecil

sotong - di potong bulat

lobak merah

putik jagung

kailan

cili padi

cili merah

garam  secukup rasa

2 sudu besar tepung jagung

air secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning. 

2. Masukkan ayam yg dipotong kecil2,kemudian masukkan sotong biarkan seketika.

3. Bila ayam dah masak, masukkan air, sos tiram, kiub ayam, dan garam, tunggu sehingga air mendidih. seketika. 

4. Masukkan lobak merah dan sayur2 lain serta cili.

5. Masukkan telur

6. Kemudian  masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.

7.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

Cara menghidang, cuma letak kueh teow dalam pinggan kemudian letakkan kuah ke atas kueh teow tadi, siap. Sedap dimakan panas

7 Tip Menjaga Gigi Dan Mulut Kekal Sihat

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah..

Ini entri pertama Nuyun untuk tahun ini. Memandangkan sudah lama nuyun tidak bersiaran di blog ini..

Sebenarnya,entri ni untuk tugasan pertama nuyun bagi kelas tutorial asas blog dan penulisan. Di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad.
Tajuk entri nipun berkaitan tugas-tugas nuyun sewaktu bekerja sebagai pembantu pembedahan pergigian.

Oklah,berbalik kepada tajuk entri yang diberi. Tip-tip untuk menjaga gigi dan mulut untuk kekal sihat.



Sebenarnya mudah sahaja..selalu doktor gigi tekankan..

Pertama,hendaklah berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluoride. Yang paling bagus,berus gigi lepas makan pagi dan sebelum tidur malam. Lagi kerap kita berus,lagi bagus. Contoh,setiap kali mahu solat.

Kedua,kena juga amalkan ubat kumur. Contoh macam biotene, lestrine dan oradex. Tapi jangan kerap sangat,cukuplah seminggu sekali sahaja. Tujuannya untuk mencegah dari berlaku karang gigi atau plak terkumpul.

Ketiga,kena tahu cara berus gigi yang betul. Mesti berus keseluruhan permukaan gigi dengan arah dari gusi ke gigi. Digalakkan penggunaan berus yang lembut.

Keempat,kena kurangkan makanan bergula. Kerana makanan bergula boleh menyebabkan senangnya terjadi karies atau gigi berlubang.

Kelima,perlu kurangkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh.

Keenam,mesti berhenti merokok.

Dan akhir sekali,wajib lakukan pemeriksaan doktor gigi setiap 6 bulan sekali secara rutin.

Oklah,itu sahaja untuk entri pertama.
Jumpa lagi.

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in