Pages

notice board

7 Tip Menjaga Gigi Dan Mulut Kekal Sihat

Teks: Nurulhuda Mohd Najmi

Bismillah..

Ini entri pertama Nuyun untuk tahun ini. Memandangkan sudah lama nuyun tidak bersiaran di blog ini..

Sebenarnya,entri ni untuk tugasan pertama nuyun bagi kelas tutorial asas blog dan penulisan. Di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad.
Tajuk entri nipun berkaitan tugas-tugas nuyun sewaktu bekerja sebagai pembantu pembedahan pergigian.

Oklah,berbalik kepada tajuk entri yang diberi. Tip-tip untuk menjaga gigi dan mulut untuk kekal sihat.



Sebenarnya mudah sahaja..selalu doktor gigi tekankan..

Pertama,hendaklah berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluoride. Yang paling bagus,berus gigi lepas makan pagi dan sebelum tidur malam. Lagi kerap kita berus,lagi bagus. Contoh,setiap kali mahu solat.

Kedua,kena juga amalkan ubat kumur. Contoh macam biotene, lestrine dan oradex. Tapi jangan kerap sangat,cukuplah seminggu sekali sahaja. Tujuannya untuk mencegah dari berlaku karang gigi atau plak terkumpul.

Ketiga,kena tahu cara berus gigi yang betul. Mesti berus keseluruhan permukaan gigi dengan arah dari gusi ke gigi. Digalakkan penggunaan berus yang lembut.

Keempat,kena kurangkan makanan bergula. Kerana makanan bergula boleh menyebabkan senangnya terjadi karies atau gigi berlubang.

Kelima,perlu kurangkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh.

Keenam,mesti berhenti merokok.

Dan akhir sekali,wajib lakukan pemeriksaan doktor gigi setiap 6 bulan sekali secara rutin.

Oklah,itu sahaja untuk entri pertama.
Jumpa lagi.

Disclaimer #1

Segala perkongsian di blog ini, tiada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Sebarang pemahaman dari pembacaan, adalah tanggungjawab anda sendiri.

Disclaimer #2

Tidak dibenarkan sama sekali, mem'PRINT SKRIN' sebarang artikel dari web ini, kecuali dengan keizinan saya sebagai pemilik blog.

TERIMA KASIH.
 
Copyright © Diari Seorang Wahm:NuyunNajmi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in